Friday, April 3, 2015

#miomakan : Bercuti ke Langkawi Mac 2015 : Hari Pertama dan Kapal Terbang

*ENTRI INI KEKURANGAN (ke memang takde) GAMBAR. TERIMA KASIH. JANGAN BOSAN. HAHAHA

Assalamualaikum korang, tak update makanan sebab aku pun poket kering haha (orang tak tanya, tapi aku saja jawab) hehe

Ok, aku nak cerita ni, aku memang plan dengan bff aku nak pergi Langkawi berdua je. Alhamdullillah, dah selesai dengan gembiranya (menghabiskan duit gaji bulan 3 isk..isk..isk..isk) 28/3 – 31/3/15 .. actually 4 hari jer, tapi jadi 3 hari suku kahkahkah.  Aku memang dah baca banyak sangat blog kat google ni, dan rata rata kasi sama tips & review. Aku tak reti nak kasi tips or review , so aku just cerita je la eh. Gambar ada satu dua jer uolls, sebab pergi memang tak de niat nak update kat blog. So layan je la aku bercerita ni.

Aku memang ambil flight MAS ke sana sebab murah (time promo), sebab kalau nak dibandingkan naik bas pun dah tentu sama jer ratenya. Cepat dan tak penat la montot dari dalam bas ngan feri kan. Air Asia pun kalau ditambah luggage pun lebih kurang saja harganya. Aku dapat haritu RM168 KUL-LGK-KUL include insurans ye dengan bagasi 30 kg per person.  Dengan MAS, korang boleh bawa 2 bagasi sahaja ye dan standard 7kg bagasi kabin. Kalau lebih bag , satu bagasi kena charge RM55.


Oleh kerana aku 1st time naik sendiri (sebelum ni orang yang uruskan) with my bff, aku terlepas flight pergi KAHKAHKAHKAHKAH. Bff aku bengang dengan aku sebab dia jenis strict sikit dengan rules ni, dan memang korang kena patuh arahan perlu berada di airport 2 jam sebelum. Aku sampai kul 9.00 pagi, flight pukul 9.45, sampai kaunter terus dorang cakap tak boleh, sebab bagasi dah close, 20 minutes before departing, nak naik flight terus boleh, but beg probs.  Salah aku la sebab rilek pergi breakfast dekat R&R Dengkil. Terus aku blur, bff aku marah, tapi aku tahu perangai dia, selalu keep positif so die tenang tak tenang la. Aku memang dah menggelabah habis sebab tiket burn camtu jer, nak tukar flight lain tak boleh sebab aku dah check in seat awal sebelum sampai lagi. Terus cari next flight, harga one-way ke LGK almost 3++ woi, awal memang tapi macam tak  berbaloi.

Kawan aku terus suggest pergi kaunter Air Asia kat departure hall klia tu. So grab tiket one – way ke LGK RM200 per person with 20kg luggage. Itu pun, aku lembab nak buat keputusan time tu. Memang blur, excited ke Langkawi terus gone. Pukul 5.40 petang baru fly ke Langkawi sobs sobs sobs sobs. Pagi tu jugak naik ERL rm2.00 (seorang) ke KLIA2. Bertapa lah kami dekat KLIA2 sampai ke petang sabtu tu. Nak wat macam mana, duit terbang dan penat menunggu sampai ke petang. Dah masuk flight baru kami tahu tempat duduk kami premium seat, yang ada warna merah tu haha.


aku ada jer gambar pic kat KLIA tu tapi tak payah la post, sakitnya tuh di sini pulak rasanya haha
masa pergi berat beg 7.2 kg.




Haihh. KLIA2 memang la seronok nak bershopping bagai, makan itu ini, tp kan dah terbang awal2 rm200 so bercinta menunggu check in flight je la kekdahnyaaaaaa. Aku sampai hari ini tak sangka aku terlepas flight, rasa macam bodoh sangat weh, haha kecewa tahap maksimaaaaa. Tapi aku rasa KLIA2 kena ada panggung wayang la sebab bila ada kes-kes macam ni leh la layan wayang dulu kan. Dah tentu tentu 2 jam dalam panggung kehkehkehkeh.


di Langkawi International Airport

Terus la aku story pasal flight balik sini kan. Alhamdullillah merasa aku naik MAS , flight LGK-KUL pukul 7.40 tapi delayed until 8.15pm, maybe sebab hujan kot, Malindo ke SBG, Air Asia ke KUL pun delay.


 Aku check in barang x lepas sebab MAS memang kena bawa 2 bagasi sahaja ke kabin, nasib baik staff tu kata dua beg aku yang lain tu leh bawak naik kabin, fuhh, berderau aku, takut terkena macam nak ke sini. Haha. Takpe pengalaman kan, next time dah tau la macam mana ye. Yang kelakar tu, yang masuk kargo barang aku plastic idaman suri, 2 beg plastic tak besar sangat lah, hahaha. Oh lupa pula, kami sampai airport,  awal gila ok 3.30 petang, sebab nak pack balik chocolate yang aku tambah dalam beg, and tak nak jadi lagi macam Sabtu tu. Habis je check in terus masuk balai pelepasan tunggu flight.


balik jadi 30kg barang .. coklat jer dah 12 kg hahaha 

Aku kan sebenarnya kan, ada masalah nak naik flight. Masalah dalaman, flight tak gerak lagi, tapi rasa nak muntah, nak terkencing, nak terverak semua ada. Malam tu, pilot pun kata, cuaca tak okay sangat, sebab hujan kan, flight attendant pun terhuyung hayang bagi nuts and juice kat passenger. 80% penuh flight malam ke KUL time tu. Seronok jugak naik MAS eh, last naik MAS time pergi Kuching 2007 dulu ngan family. Lampu malap aku rasa dah boleh buat candle light dinner dah lol. Btw, jauh la gak nak pergi ke luggage area hahahaha, tapi syukur alhamdullillah selamat semuanya. Tapi kan, tapi kan, tapi kan, untuk Air Asia flight domestic tak banyak cekadak rasanya especially on domestic baggage. Hehe






sampai KLIA, tapi kena tunggu around 15 minit tunggu baggage, huhu

So
MAS : KUL-LGK-KUL + insurance  = RM168 per person (promo)
Air Asia : KUL-LGK + 20kg luggage = RM200 per person (baggage memang beli untuk seorang je)  
= RM368


Aku nak sekali kan cerita Langkawi ni sebenarnya, tapi tengok cite pasal flight je panjang la pula, sambung entri berikutnya la kot eh, haha, maaf la ye, memang kekurangan sangat pic. 

Monday, November 17, 2014

Restoran Adam Lai, Seksyen 15, Shah Alam

Assalamualaikum korang, ye jangan lah marah , aku tau aku tak update blog (gaya yang membaca ribu riban) hahaha .. ok jom jom scroll sampai ke bawah sebab hari ini mau cerita tentangggggggggggg

RESTORAN ADAM LAI MAKANAN CINA MUSLIM, SEKSYEN 15, 
SHAH ALAM



Ini pinggan aku .. yuuuuuuuuuuuuuuuuuummmmmmmmmmmmmmmmmm


Kita teruskan dengan gambar makanan .. hehehe

 




Ini sebahagian menu yang ada, macam biasa yang ada tanda bagus tu menu yang di suggestkan la .. 

Aku up picture mengikut turutan kesedapan tekak iolls ok .. GOOOOOOOOOOOOOOOO


Salted Egg Chicken
RM19
Serius yummy sebab semua rasa ada, masin manis cukup


Two Combination Prawn
RM42
Sesuai dengan harga sebab, ada dua jenis udang, goreng tepung dan butter, pun berbaloi uolls, 
prawnlicious weiii .. 


Two Combination Kailan
RM17
Best kailan in town la bagi aku, tak puas kot, aku kalau dapat sepinggan seorang leh habis aku ratah je. Rangup ye krap krup krap krup


Hack Kah Crab
RM36
Of course la ada rasa manis, manis sos dengan manis ketam hahaha


Salted Egg Plant with Minced Meat
RM12
Ikut tekak memasing, bagi aku rasa ok la, still tekak menerima , kalau terung tu tak lembik sangat lagi ok


Loo Up Duck
RM16
Agak kurang la , manis daging tu ada tak de jer, hihihi 


Siakap Goreng Sweet Sour
RM38
Ikan tu macam ada kesilapan jer masa goreng, tak lembut seperti makan siakap kat tempat lain, 
lain tempat lain cara kan, sos ok 

Kesemua makanan yang kitorang order adalah size small ye. Cukup untuk kami berempat. dan macam biasa air kosong untuk minuman. Overall syukur alhamdullillah, semuanya sedap la, nak complain banyak banyak pergi masak sendiri (kepada diri sendiri) hahaha




Adam Lai ada tiga outlet tapi alamat ni untuk outlet Shah Alam :-

No 69-G Jalan Pahat H 15/H 
Seksyen 15 
40200 Shah Alam 
Selangor
0355242378

Cukup tak entrii ni? Hihu .. nanti aku update makanan lain ye korang, jangan lupa follow my insta @mio_ikhsan atau search #miomakan kalau nak tengok aku makan ape .. (very daaaaa) hahaha


Bye ..

Friday, September 26, 2014

Restoran Tarbush, Sunway Pyramid (Middle Eastern Restaurant)

 #foodporn #foodporn #foodporn yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, betul itu, betul itu, so hari ini kita pergi jelajah makan dekat …………………………………….

TARBUSH, SUNWAY PYRAMID
LG2.123 Marrakesh Zone, Sunway Pyramid, 46150 Petaling Jaya
03-56339222
4 outlet termasuk ini, Jalan Bukit Bintang, Starhill Gallery dan Batu Ferringghi , Penang


Deko dalamnya, ada luar dalam
yang merokok dan nak ber'sisha' sila faham sendiri .. haha




Aku dah dua kali pergi sini. So far memang puas hati. Hihihi. Yang ni pergi bertiga sebab ada birthday lunch for me 1/9 yang lepas. Itu je la mukadimah nya kot .. hahaha ..


Aku serta merta kan menu penuh dekat sini okays .. 








dan kami meng’order’


Shish Tawook
RM 28
Grilled juicy boneless chicken breast cubes, served with Tarbush garlic sauce
Emang nya sedap dong, ayat biasa ‘aku tak tipu’ HaHa , memang juicy pun, mana ada kau masuk kedai arab pastu tak sedap, jarang tak sedap .. ok. 90% recommended


Shish Kebab Irany with White Rice
RM 32
Tender minced lamb marinated and grilled, served on the top of white rice ..
100 % aku rekomen, memang juicy, succulent flavour and tenderness overload. Untuk white rice, itu bukan sebarang nasi putih dekat rumah tu, beras mereka lain, 
so that korang kena gaul kan butter itu dengan nasi sebati.




Then kau suapkan masuk dalam mulut korang dannnnnnnnnnnnnn korang akan rasa kesedapan dan ke'mabeles'an to the max. Sumpah tak tipu, dua kali pergi memang akan order ini. 
Limau tu korang perahkan saja atas lamb itu. Gerenti puas hati dan happy tummy.


Briyani Lamb Chicken
RM 28.50
Briyani rice served with succulent lamb chunks or half baked chicken.
Peratusan rekomen aku bagi 90% , For sure ayam tu memang lembut, dan berperisa, kenyang dan berbaloi. Kenapa tak pilih lamb sebab makanan di atas nya sudah lamb, 
lagipun my mom tak boleh makan kambing, darah tinggi katanya hehehe ..


Tarbush Salad
RM 17
Romaine lettuce, tomato, cucumber, white radish, crunchy toasted Lebanese bread.
Penggemar salad? Should try this ok, tapi dah sampai pesanan terus makan, jangan nak makan hujung hujung sebab salad kan dah bercampur sos semua, so sebelum berair, better ngap terus.
 Nampak tak kepingan warna coklat tu? Aku pun confuse sama ada kulit limau atau roti Lebanese tu. Haha. Recommended 90 %.


Baklava
RM 12
Tradisional Middle Eastern finger pastries filled with nut.
For dessert, kira ok lah, tak payah pergi jejauh naik flight bagai, kat mesia pun ada. Boleh je korang nak order, pemanis mulut kan. 80 % direkomenkan by aku. Hehe

For drinks, kitorang order jus tembikai, mineral water with ice dan ice lemon tea. 



Korang just order plain water pun ok. Ye la dah makan semua yang berat berat, memang patut minum plain water. Kasi relak perut. Giiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu .. 

Ok, nak lebih senang korang klik saja TARBUSH punya website.

Akhir kata, lidah aku lain, lidah korang ……………………………. (sila isi tempat kosong) hehe

Bye