Thursday, January 24, 2013

Aida @ Manje & Zaire Wedding @ Bora Ombak, Ampang

Pak pak kebom kebom kebom kepak kepak kepak kepak, eh, haha, teruja sungguh sebenarnya, memang dah tau dah kazen nak kawin, but xtau bile, sampailah Fauzi and maknye datang menjemput kat rumah last 3 weeks.  Time dorang datang, aku baru nak mandi bagai, ye la hari cuti pulak, nthen dorg balik terus aku tengok kad, banyak la soklan kat mak aku tuh sampai la aku buka . and so OMG !! dekat Bora Ombak uoollsss .. setau aku BO tuh taraf artis selebriti je yang mampu kate kauuuu ..


Ala, hilang plak kad jemputan nya , but sweet tau kadnya, se sweet nya pasangan hehe

Putih, tema pakaian adalah warna putih, dah aku, mak dan kakak aku yang sorang tuh mencari baju putih, sanggup beli yang baru, kazen woii, sekali je kot kahwin nya, xde masalah di situ J. Baju mak aku settle dah, cuma baju aku dengan kakak aku takde.  Ahad lepas lunch, so kitorg pergi Wangsa Walk, hari tu wedding hari tu jugak mencari. Kakak aku senang baju da dapat dekat butik Bhaju, around rm70 jugak.  bercakap pasal pakaian, aku memang susah nak cari yang fit badan, ye lah badan aku pun x semegah mane, spare tyre over the body, hehe, cari dalam F.O.S , design da cun, size pulak tak ngam, kemurungan dekat situ terus kitorang rushing ke Sunway Pyramid, masuk je parking terus dah ade petak kosong. terus zass ke Kitschen , nasib baik ade sale, terus sebat kemeja putih dan zasssssssss pulang bersiap untuk ke Bora Ombak malamnya ..


Di pintu masuk Bora Ombak, gambar pre wedding mereka, so gorgeous and sweet alolololololololololo


Masuk ke dalam, ya ampunnnn, aku teruja sekejap, pelamin tersergam indah, tetamu datang pun semua ikut tema belaka, garden wedding camtu, ohh sampai sekarang aku masih merasa keterujaan nya.  oh, kami datang lambat, bebetul time pengantin menuju ke pelamin :) . siap lagu favourite aku berkumandang “ A thousand Years” pastu feeling lelebih kann .. Haha .. All the picxa snap guna kamera handphone je, handphone tak canggih mana but boleh laaa, nampak tak nampak camtu .. Jom tengok pic J


Pelamin nikah but aku snap pun malam, lampu semua da cabut, nikah selepas zohor hari yang sama


Pengantin sedang memberi sepatah dua kata, sang suami cara cakap sangat caring, sepanjang malam tuh, beliau sangat la menjaga si isterinya. isteri sendiri sape tak sayang (eh over laks)


Makan Beradap


Hidangan untuk tetamu


Sagu Gula Melaka, lemak lemak manis je J


Manisan ni sangat sedap ya ampunn, Kazen aku yang buat, cupcakes yang sangat sedap, marshmellow, love letter and of course chocolate.. hikss . 


Lain dari yang lain, door gift for tetamu, tempat letak kunci, it so cute J ..

Alkisah kakak aku tak nak ikut, last minute nak ikut, kalau tidak memang bff aku jadi driver la, sebab aku takleh drive, xkan orang da di ajak, kita nak cancel kan, x baek, so aku bawak sekali .. dibawah mestila gambar we olls yang teover J hehehehe ..

















Dan wedding reception itu merupakan kali pertama bagi aku yang dikira sebagai grand J super gorgeous and environment yang sangat selesa. Yaa aku memang mengimpikan perkahwinan seperti itu but apakan daya AKU TAK NAK KAWIN .. bhahahaha .. Kbai .

Monday, January 21, 2013

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang @ Wangsa Maju


Ahad lepas, kakak aku tetiba ada mood nak gi jalan jalan cari makan nak mee udang. Member dia promote Mee Udang Mak Jah dekat area  Wangsa Walk.  So aku pun konfiden lah tau wangsa walk tu kat mane, mana lah pernah lepak ujung dunia kat ampang tuh, nak dekat Zoo Negara dah. Lebih kurang kul 1 camtu pergilah terus cari kedai. Berpusing pusing aku mencari. Padahal da sah2 situ bukan Wangsa Walk, situ memang AEON AU2 Keramat. Mati mati aku ingat situ Wangsa Walk. Berpusing siap Tanya orang kat situ lagi, semua kata dekat wangsa walk. Round punya round , siap terjah medan selera lagi, jumpa satu kedai, memang terpampang mee udang punya banner.

Lapar punya pasal, terus order dan ngap.  Terima kasih kepada foursquare kerana menyedarkan kami kedai itu bukan kedai yang dicari.  So kakak aku terus Tanya makcik kedai tu, Mee Udang Mak Jah kat mane, terus makcik tu buat muka terus kata ala lebih kurang dengan dia punya. Tak de persaingan sihat langsung makcik tuh buat bisnes. Ye la aku pun da order da pun makanan dia, at least bagi la reaksi ceria sikit  (berapa banyak punya da laaa) hahahaha .. 


Macam rasa mee bandung, kedai ni berdekatan dengan Klinik Kesihatan Keramat AU3 sebelah je..

Settle cepat2 kat kedai tuh, terus singgah Petronas tanya Carrefour wangsa maju,sebab da tengok peta kat BB ngan Tanya suami makcik tadi kata dekat area situ. Respon dari staff petronas tuh memang baguih la, siap lukis map. Hehehe. Maaflah saya orang kampong, yo la kampong, huhuhuhu.
Dan akhirnyaaaaaaaaa sampai jugak aku kat Wangsa Business Centre, terus mencari kedai tersebut .. Taddaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Pintu depan kedai, hujung sekali ..

Yang ni pulak, bahagian dalam kedai makan ni, bersih pun bersih, pekerja  pun mesra alam la jugak,





Deko Deko Deko ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, cantik 



Menu J ..  Cer teka kami pilih apa? Oleh kerana da makan mee di kedai yang salah memula tuh, so kitorang order …



  

Kakak aku order Bihun  Udang dan Air Asam Boi






Nasi Goreng Udang pilihan aku, siap ada kuah mee udang tu dan air The o Ais Laici, air die buat sangat sedap, semua rasa ada J

And so setelah di google kesedapan mee udang ni, rupanya popular dekat kuala sepetang, perak, pernah masuk jalan jalan cari makan katanya … And lastly cer teka berapa hengget tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .. ohh mee udang special tuh actually for my mom, tapau sudaaa huhu



Aku bagi rate 3/5 la kot untuk kesedapan makanan ni .. pertanyaan lanjut sila lah layari http://www.makjahmeeudangkualasepetang.blogspot.com/ :) selamat mencuba .

*sampai sekarang mee udang paling sedap pernah aku rasa dekat old town white coffee, nak rasa yang dekat pulau pinang, kemain jauh nak g merasa yekk hahahahaha  




Tuesday, January 1, 2013

DUA RIBU TIGA BELAS

Salam, 

Permulaan bagi aku. 
Selamat Tahun Baru 2013. 
Bersama dalam mencari maksud kehidupan di atas bumi.
Bersama dalam menerjah hidup yang lebih mencabar.
Bersama dalam mencari keredhaan IIlahi.
InsyaAllah.

Selamat Tahun Baru 2013.