Friday, March 8, 2013

Khutbah Jumaat 08/03/2013 : Tanggungjawab Mempertahankan Negara


-Berdasarkan dalil yang jelas di dalam al-quran dan hadis, mempertahankan negara adalah fardu bagi umat islam.

-Yakinlah bahawa perjuangan yang dialkukan itu sebahagian dari ibadah dan satu jihad ke jalan Allah.

-Semua umat dan individu haruslah bersatu dan wajib menolak apa apa yang akan
menghancurkan negara.

-Islam mengharuskan umatnya menjadi kan peperangan sebagai salah satu cara dalam
menjaga maruah dan agama.

-Mereka yang berperang ke jalan Allah dianggap syahid disisinya.

-Malaysia tanah air kita,di sini kita membesarkan generasi dan syiar islam yang kita warisi dari asal usul islam kita sendiri.

-Jadi usahlah menggadaikan maruah negara ini dengan anasir jahat.  Hayatilah semangat pahlawan terdahulu dan yang telah terkorban baru baru ini.

-Marilah bersatu padu merapatkan barisan agar keharmonian negara terjaga. Permusuhan sesama sediri akan melemahkan dan merugikan.

-Mimbar jumaat menyatakn kekesalan terhadap pencerobohan di Sabah dan kehilangan wira negara, dan mendoakan agar ops daulat diberikan jalan kemenangan.

Kesimpulannya, sesungguhnya kekuasaan dan pertolongan Allah itu sentiasa bersama kita.

*jika ada yang silap, sila betulkan, terima kasih :) ..

1 comment:

  1. demi negara yg tercinta, mereka terkorban....

    ReplyDelete