Wednesday, May 29, 2013

Baucar Buku 1 Malaysia : 1st Batch RM100

Salam korang, kehilangan kata kata dan idea yang tak berapa nak best. Terus langsung aku abaikan blog ni. Baru khamis lepas, mood membuak buak nak up cerita, hehe gaya macam ramai gila tengok blog yang xde entry ni, cemana nak maju ke depan dalam dunia blogging ni, huhu, tak pe, aku saja menaip naip ni :) ..
-mukadimah tamat-

Merujuk kepada tajuk di atas, aku dapat baucar buku buat kali kedua :) , yang pertama dulu kan dah dapat tahun lepas, so tahun ini di up kan lagi RM50 dan menjadikannya RM250, wuhuuuuuuuuuuu .. tima kaceh PM, satu malaysi..........................a , janji ditepat..........................i, btw tahniah di atas mandat yang diberikan oleh rakyat PRU 13 yang lepas. Semoga penggal baru ini membawa pembaharuan dan keharmonian negara, rakyat, agama dan bangsa terpelihara, Amin. Ok, tetibe cite sal pru 13 plak,

Aku ambil BB1M ni lewat, 19.4.2013 last day tebus kena pergi unit bendahari kat uitm shah alam, sesat barat aku walaupun aku student kat situ. hampehhh !!!! .. tapi tengok dekat uitm student portal, waktu menebus telah dilanjutkan ke 31 May 2013 iaitu hari terakhir baucar ni boleh digunakan di mana mana kedai yang turut serta, kalau tak hangus gitu je la, rugi laaaaaaaaaaaaaa, bek korang g amek dan beli apa yang patut, hehe.

Yup, tinggal 3 hari je tempoh BB1M nak luput. Khamis lepas, aku zassss terus dari office ke Popular Bookstores Sunway Pyramid. Hari bekerja kurang orang, ke rasenya macam ramai sebab Jumaat esoknya tu kan Wesak Day :) . Sampai pukul enam terus start belek buku, belek punya belek punya belek punya belek punya belek sampai 7.30 jugak lah aku mencari yang berkenan di hati, so berikut adalah buku buku yang sempat disambar secara sengaja, hehehe ..




Trilogi Syahadat Cinta RM29.90


Komik M : Dunia Kartun ( Lawak Budak Sekolah) RM6.90


Aku, Kau & Komik Koleksi : RM17.40


Novel Asam Pedas untuk Dia : RM21.00


Kisah Cinta Habil & Qabil : RM 25.00


Popular 2B pencil : RM4.50
Faber Castel Eraser 3 pcs : RM2.65
Straight Ruler : RM1.60

Terus pergi bayar, sekali jumlah RM91.92, confused kejap dekat depan kaunter sebab dah kira before nak bayar tu ngam ngam hundred. Aku puji cara Popular Pyramid ni sebab, walaupun menyusahkan dorg sendiri, tapi dorang akan bagi kita cari lagi untuk cukupkan sampai ngam. So dorang akan key in dekat resit suspended, dan kita pun boleh lah terus mencari. Tu sebab ade alat tulis, aku tak tau nak cari ape, so terus rembat pensel, pemadam dengan pembaris bagi anak buah aku. Eh, kang korang kata aku tak reti kira kira pulak, rupanya setiap buku(buku sahaja) yang kita beli ada diskaun 10%, dan untuk Popular membercard akan dapat 20%. Situ ler punca terkurang lapan hengget tadi tuh. hehehehe. Harga aku tunjuk tu semua before 10% diskaun tau. Total up RM100.67.

So far, aku dah habiskan buku Cinta Habil & Qabil, Lawak Budak Sekolah dan Aku, Kau dan Komik. Novel tu kakak aku yang nak. Cuma nak cari masa nak habiskan Trilogi Syahadat Cinta. Huhu ..

Akhir kata, "Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya"