Thursday, December 5, 2013

Juzcakes , Alam Budiman : Menepati Citarasa , Bukan yang Biasa -Biasa

Ok, slogan tu aku buat sendiri, suka hati la :P .. yups, cerita kek lagi, aku tak marah tau pasal kek Auris tu aritu, aku cuma tak puas hati je, lain kan maksud tu. Abaikan, dan meh aku nak cerita pulak kek yang aku tempah for my sista yang sambut birthday 3 Dec lepas, tapi sambut on Al-Auris birthday on 1st Dec, Ahad lepas. Kakak aku dah sambut 2 weeks before dah sebenarnya tapi tu dengan geng futsal dorang lah. Ada la kena tempek tepung ngan telor. Member dia ni bagus jugak, sebab ada informer dah bagitau awal-awal yang ada benda2 yang diorang akan kenakan. So dah memang siap bawak baju spare bagai.

Cadangnya nak tempah tempat yang sama, syukur lah aku tak tempah kat situ, kalau tak, tak dapat aku bayangkan apa yang terjadi, hahaha. Sama jugak lah cara nya macam aku cari kek Auris dulu tu, terus jatuh cinta dengan kek yang di upload kat blog ni JUZCAKES .


JUZCAKES .. Dah tekan ke link tu? Betul tak aku cakap, sampai aku order aritu, aku pulak yang tak sabar nak makan kek tu walaupun bukan aku punya. Hiks. I kuat makan okay. Aku jenis yang kurang suka bercakap dekat fon, like seriously, aku prefer mesej such as whatsapp tu la, wechat pun aku tak minat. So segalanya aku mesej sahaja. Actually, nak tempah cupcakes, tapi kakak aku tak nak, sokay, aku tempah kek biasa lah. Godek punya godek blog tu, terus berminat dengan tema garden cake : bumble bee tu, comel gila punya.

Secara laju, aku terus deal dengan owner blog tu, tanya harga dan apa apa yang patut lah. 


Zaaasssssssss deal sudah. Oh korang nanti nak emel, kena ikut format detail yang ada kat blog tu, macam ini. Haha. Kek kena ambil sendiri dekat Alam Budiman, Shah Alam, atas dari Uitm Puncak Perdana, once korang confirm order dan deposit dah dapat, nanti dia akan mesej korang alamat rumah dia. Ko amek sebijik alamat dia tu, pastu guna waze, sampai depan rumah wei waze tu tunjuk, tak tipu sebab aku guna waze haritu. Hehe.



Jeng .. Jeng .. Jeng



Garden Theme : Rainbow Bumble Bee Cake

Sebab apa tema ni, kakak aku punya member panggil B ngan anak buah aku panggil dia Cik Bee .. Hehe 

Cute kan, teruja kejap tengok, come lote kemain, warna pink tu sedap mata memandang, bee yang kecik tu, ggggrrrrrrrrrrrrr, aku pantang nampak benda comel ni, sensitive sikit bahahhahahahaha. Super sedap, cukup lembap, tak manis sesedap je manis nya, rainbow kek ni dalam guna cream cheese dan luar for hiasan guna buttercream. Xnak cakap lebeh, korang memang kena order tau, sedap dan super puas hati. At least kek ni membuatkan hari Ahad tu tak lah sengsara sangat. ( kek auris ler tu) hahahahah. Actually aku nak lebah tu, kan ramai bebudak, takkan lah aku bergaduh bertumbuk ngan budak kan sebab kan lebah tu je pon. Haha ..


Insyaallah aku akan order dekat Juzcakes ni balik. Harga sangat berpatutan (depend on your theme la kan), sedap dan sangat berpuas hati. Terima kasih JUZCAKES.  

Bye

No comments:

Post a Comment