Friday, September 26, 2014

Restoran Tarbush, Sunway Pyramid (Middle Eastern Restaurant)

 #foodporn #foodporn #foodporn yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, betul itu, betul itu, so hari ini kita pergi jelajah makan dekat …………………………………….

TARBUSH, SUNWAY PYRAMID
LG2.123 Marrakesh Zone, Sunway Pyramid, 46150 Petaling Jaya
03-56339222
4 outlet termasuk ini, Jalan Bukit Bintang, Starhill Gallery dan Batu Ferringghi , Penang


Deko dalamnya, ada luar dalam
yang merokok dan nak ber'sisha' sila faham sendiri .. haha




Aku dah dua kali pergi sini. So far memang puas hati. Hihihi. Yang ni pergi bertiga sebab ada birthday lunch for me 1/9 yang lepas. Itu je la mukadimah nya kot .. hahaha ..


Aku serta merta kan menu penuh dekat sini okays .. 








dan kami meng’order’


Shish Tawook
RM 28
Grilled juicy boneless chicken breast cubes, served with Tarbush garlic sauce
Emang nya sedap dong, ayat biasa ‘aku tak tipu’ HaHa , memang juicy pun, mana ada kau masuk kedai arab pastu tak sedap, jarang tak sedap .. ok. 90% recommended


Shish Kebab Irany with White Rice
RM 32
Tender minced lamb marinated and grilled, served on the top of white rice ..
100 % aku rekomen, memang juicy, succulent flavour and tenderness overload. Untuk white rice, itu bukan sebarang nasi putih dekat rumah tu, beras mereka lain, 
so that korang kena gaul kan butter itu dengan nasi sebati.




Then kau suapkan masuk dalam mulut korang dannnnnnnnnnnnnn korang akan rasa kesedapan dan ke'mabeles'an to the max. Sumpah tak tipu, dua kali pergi memang akan order ini. 
Limau tu korang perahkan saja atas lamb itu. Gerenti puas hati dan happy tummy.


Briyani Lamb Chicken
RM 28.50
Briyani rice served with succulent lamb chunks or half baked chicken.
Peratusan rekomen aku bagi 90% , For sure ayam tu memang lembut, dan berperisa, kenyang dan berbaloi. Kenapa tak pilih lamb sebab makanan di atas nya sudah lamb, 
lagipun my mom tak boleh makan kambing, darah tinggi katanya hehehe ..


Tarbush Salad
RM 17
Romaine lettuce, tomato, cucumber, white radish, crunchy toasted Lebanese bread.
Penggemar salad? Should try this ok, tapi dah sampai pesanan terus makan, jangan nak makan hujung hujung sebab salad kan dah bercampur sos semua, so sebelum berair, better ngap terus.
 Nampak tak kepingan warna coklat tu? Aku pun confuse sama ada kulit limau atau roti Lebanese tu. Haha. Recommended 90 %.


Baklava
RM 12
Tradisional Middle Eastern finger pastries filled with nut.
For dessert, kira ok lah, tak payah pergi jejauh naik flight bagai, kat mesia pun ada. Boleh je korang nak order, pemanis mulut kan. 80 % direkomenkan by aku. Hehe

For drinks, kitorang order jus tembikai, mineral water with ice dan ice lemon tea. 



Korang just order plain water pun ok. Ye la dah makan semua yang berat berat, memang patut minum plain water. Kasi relak perut. Giiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu .. 

Ok, nak lebih senang korang klik saja TARBUSH punya website.

Akhir kata, lidah aku lain, lidah korang ……………………………. (sila isi tempat kosong) hehe

Bye 

Wednesday, September 24, 2014

Kulcats Barrio , Taman Tun Dr Ismail

Salam #foodporn korang .. iya iya faham, kalau boleh aku nak buat entri makanan jer, haha, dan aku tak reti masak kalau korang nak tau. Masak maggi mesti kuah kering walaupun dah letak banyak air, masak nugget etc pun mesti hangus. Memang dasar tangan kayu. Hehe. Nanti aku up resipi la pula ye, yang senang senang di goreng di masak ler .. (tapi xde yang tanya aku kan? Tetibe menjawab) hahaha



Restoran Kulcats Barrio
No 35 Jalan Rahim Kajai 13
60000 Taman Tun Dr Ismail
Kuala Lumpur
037733 3420
Insta @kulcats

Dan akhirnya aku pergi ke KULCATS BARRIO, TTDI.. ala kalau ada insta, mesti tau punya lah café ni serve apa. Of course ler, western food. Kalau di tengok review dekat insta dan blog, semua komen yang merangsangkan deria rasa iols, tambah tambah pulak ada filter kat apps sekarang ni semua nampak sedap. Bwahahahahahahahaha ..

Mari kita lihat lidah aku rasa ape pulak ye !!!! Jeng Jeng Jeng Jenggggggggggggggggggggggggggg



SNACKS


Chip & Dale
Potatoes fries topped with chilli con carne & cheese sauce
RM15

Plating menarik kan, dalam ala ala baldi kecik hahaha sedap weh, sosnya rasa sos coney dog A&W , sila makan masa panas panas ye uolls .. Peratus recommended 70% 


Kul Nachos
Tortilla chips, chili con carne, cheese sauce, pickled jalapenos, lettuce and tomato salsa

Sos nya sama dengan sos chip & dale sebab dorang gunakan benda yang sama pun chili con carne jugak. Rasanya? Ermmm ermmm ntah la (adil tak) haha .. Peratus recommended 40% .. tak yah order pun tak pe kot .. eh hahahahah 

MAIN


Kulcats Lamb Chop
Barrio’s marinated lamb shoulder, sweet rosemary & balsamic glazed, salad and mashed potato.
RM29

Kakak aku kata kena dengan tekak dia, aku kata lamb tu kering tak juicy, tak spot on (ayat Masterchef Kanada hahaha)  actually, kurang sikit perasa lah kiranya, pastu kakak aku kata makanan semua ni ada gred nya sendiri. Macam hotel, restaurant mewah, gerai and ect ect ect .. Peratus recommended 60%


Aglio Olio Breadcrumbs
Spaghetti, garlic, chili flakes, beef bacon, cherry tomato, fresh basil, herbs and breadcrumbs
RM17
Peratus recommended 50%

Ini kelakar. Makanan sampai meja, aku dengan seeksaited nya pun ngap, first suapan tu aku memang rasa masin gila. So aku ingatkan beef bacon tu yang masin. Aku ngap lagi dua kali, tekak dah tak leh terima dah, memang masin tahap menara KLCC. Aku siap suruh kakak aku rasa, dia pun cakap benda yang sama. Memang tak boleh pergi masin tu, aku suh kakak aku cakap kat staf situ.

 Aku : Olio ni masin sangat, ke memang rasa dia macam tu kat sini? 
          Saya tak boleh makan, panas lidah.
Staff : ye ke, nanti saya tanya kitchen, sekejap eh
Aku :  eh tak pun, awak rasa lah dulu, xpe rasa je

Hahaha, terus dia bawa pinggan aku pergi kitchen, chef merasa, another staff pun merasa, so then dia datang balik, staf tu kata akan di buat yang baru. Tapi kan masa tu, lidah kau memang tak boleh nak rasa ape dah, memang rasa masin je, sangat kuat. Dan kakak aku cakap, selalunya lah bila kita hantar balik pinggan and complaint, mesti dorg marah dan tak puas hati dan mesti kita fikir dorang akan letakkan something dalam 2nd round food tu kan kan kan. Aku ok jer persepsi macam tu, asal aku makan tak de rasa jumpa pepelik , ok la tu. Hehe. 

DESSERT


American Pecan Tart
RM10

100% recommended. Nasib baik ada penyelamat mood malam tu, hahaha. Memang sedap jarang kot dessert tak sedap woii. Kalau boleh nak rasa semua jer dessert yang ada. Tapi macam melampau la pulak ko melantak ke hape kat café orang tu.

Kulcats ade satu lagi kedai sebaris dengan yang barrio ni, Kulcats Pastel. Kat situ semua desserts, cakes, pastries, and you name it.

Secara konklusinya, aku datang next time makan dessert la ye. Hahaha. Kami order plain water je, sebab nak elakkan jadi muak dan cepat kenyang. Gitu. Aku tak order sekaligus ye, order satu, habis satu, baru order lagi. Ramai pun orang nya datang malam ahad tu. Time nak bayar, staf tanya ok ke tak, aku tak memang tak boleh jawab. Jawaban semua yang kat atas ni. Haha

Nak feeling urban and nak jadi Abil wannabe, sila datang ok. Haha.


Bye

Monday, September 22, 2014

Restoran Tirai Ratus, Seksyen 3, Shah Alam

Hari isnin korang, tak payah Monday blues sangat lah, dah tetiap tahun, tetiap bulan, tetiap minggu nak blues jadahnya. Hahaha. Ok, aku sebenarnya tengah dalam cubaan nak update entri tiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Kita pelan pelan kayuh ye. Kalau ada masa dan ada bahan aku up.

Jadi, topik utama hari ni macam biasalah hashtag #foodporn .. Muehehehehehe, dan aku nak up pasal Restoran Tirai Ratus, Seksyen 3, Shah Alam. Aku dan bff Fuza selalu jugak la ke sini, tapi recently dah keluar jalan jalan cari makan tv3 wei, 2 bulan lepas kot. Kali ni pergi ngan my mom and my sis.  Dan menu diorang pun boleh tahan juga.

Lets ……………………………………………………………..



Kat sini memacam ada, standard restoran makan lah, cuma rasa je yang berbeza dan yang penting sini ada Murtabak Singapore. Bercakap pasal murtabak Singapore, paling sedap aku pernah makan adalah dekat Bazar Ramadan Keramat KL, tapi sekarang dah takde dah. Long time ago lah kiranya, dulu , abah aku sanggup redah jem semata nak beli murtabak tu dekat situ. Hahaha.




Murtabak Singapore
Ada 2 layer , 3 layer, yang ni aku order 2 layer, bagi aku just nice, makan panas panas, memang superb lah, doh nipis, daging pun juicy and lembab, memang recommended and kena rasa.
RM12


Nasi Ayam Balado
Nasi ayam dan ayam tu diletakkan sambal, sambal tu sedap dan memang sedap (tak tau nak taip ape lagi) Hehehehehehe .. Nasi ayam ni ada dua jenis, satu lagi ayam panggang 
(dalam menu kalau ada dua hearts yang bermaksud dorang memang recommend for that food lah)


Nasi Beriani Kambing
My sis yang order, kau dah petang pun nak melantak beriani kan. Gggrrr. Kakak aku cakap , rasa kurang sikit. Maybe nasi tu kot. Beriani kan ada banyak jenis masakan. 
So yang ini, aku rasa not bad lah, just yang kuah daging kambing tu macam muak sikit, mungkin boleh  mintak jangan letak banyak kuah daging tu la kot. 
Kot lah, tapi aku makan ok jer, kena dengan lidah tekak den ni haaa.




Bubur Nasi Set

Setau iolls, dulu tak de tau, baru lagi la kot. Yang sampingan tu dah ok, just bubur nasi tu terlebih air, so makan macam sup dah jadinya, tak rasa nasi, hahaha. Tapi aku ok je pun. Hahaha ..


Deko dalam Tirai Ratus .. Aku pergi around pukul 5 petang macam tu rasanya, dah ramai orang 

Macam biasa, akhir kata, lidah tekak aku lain, korang punya pun lain, tak sama, rambut sama hitam, lidah lain lain. Eh, hewhewhewhewhew

Korang nak terjah senang jer, belakang Mcdonalds / Caltex / Wisma Mais (round about tasik shah alam tu) 

10, Jalan Cendana 3/13B
Seksyen 3
4000 Shah Alam, Selangor

Oh last but not least, diorang ada kiosk satay, memang sedap pernah rasa dulu, tapi tutup hari tu, dan kacang pool pun takde time aku pergi ni. Frustrated kat situ, so next time je la. hehe 

Bye 

Thursday, September 18, 2014

Restoran Fendi Ikan Bakar, Kelana Jaya

Assalamualaikum
Hai Korang (sambil melambai lambai) haha

Siapa pernah makan ikan bakar? Tolong buat thumb ups di depan komputer/laptop/smartphones/ipad masing masing sebab hari ini entri makan makan ikan bakar. Aku makan sikit je la, berkongsi kongsi dengan member pun. Tapi masih boleh aku masukkan sebagai story lerr. Aku pergi Ahad lepas 14/09/2014, si Fuza & Husband nak belanja, yeayyy murah rezeki sungguh orang yang belanja, tengah bulan makan ikan bakar hahaha, terima kasih bff ..

Mula – mula nak pergi dekat area Sungai Way, medan selera, belakang The Icon (korang akan perasan kalau korang selalu menggunakan highway persekutuan tu, ada banyak belon). Betul betul depan pasaraya Bintang (nama dulu dan famous ok). Tapi tutup pula hari ahad. Sabtu dia buka maybe sebab ada yang keje halfday kot. Kat sini banyak choices dari ikan bakar dan segala lauk pauk, banyak pilihan la kiranya. 
So, terus la kami ke …………………….

Restoran Fendi Ikan Bakar
(featured on Jalan Jalan Cari Makan TV3 tapi tak ingat bila punya siaran ..)


Masa kami sampai sana, memang ramai, tapi ramai yang kau masuk tapi ada meja kerusi yang kosong. Ada dekat luar dan dalam. Kedai ni dah pindah tempat, dulu dekat depan giant dan mcdonalds sekarang tukar sikit je ke dalam berdekatan dengan tabung haji dan angkasa. Kalau guna waze memang ngam ngam sampai depan kedai.


Ok masa untuk layan gambar dan telan air liur. Aku dalam proses belajar nak tangkap gambar cantik cantik. Kalau aku tampal kat sini tapi tak menaikkan nafsu korang, aku nak buat macam mana. Hehehe. Oh lagi satu aku memang jarang edit pix sebab nampak tak original. Itu masalah aku hehe.



Kat sini, diorang akan ambil pesanan untuk air saja, yang lain semua layan diri, yang atas ni stesen order dengan tempat dorang bakar. Ada keli, kembung, cencaru, kerang bakar, tilapia, pari dan semua sedap. Aku tak tipu. Mana ada makanan yang tak sedap kalau kau makan panas-panas dengan nasi putih, kuah asam lagi. Phewwwww. Aku pulak yang menceces air liur ni. Yang bawah ini, kami order :

Talapia Bakar

Cencaru Bakar

Kerang Bakar Sambal
RM8


Ada ayam bakar tapi aku lupa nak snap hahaha .. Air macam biasa la favourite orang ramai teh o ais limau, xpayah ler upload ye.


Harga bagi aku quite okay sebab sedap pun ye haha

Ok, ini alamat dia dan korang boleh waze saja confirm sampai punya :
Jalan SS5B/2, Kelana Jaya
(memang dekat Kompleks Tabung Haji)
No contacts, dan waktu operasi nanti aku kasi update. 

ok itu saja, terima kasih
bye.