Thursday, September 18, 2014

Restoran Fendi Ikan Bakar, Kelana Jaya

Assalamualaikum
Hai Korang (sambil melambai lambai) haha

Siapa pernah makan ikan bakar? Tolong buat thumb ups di depan komputer/laptop/smartphones/ipad masing masing sebab hari ini entri makan makan ikan bakar. Aku makan sikit je la, berkongsi kongsi dengan member pun. Tapi masih boleh aku masukkan sebagai story lerr. Aku pergi Ahad lepas 14/09/2014, si Fuza & Husband nak belanja, yeayyy murah rezeki sungguh orang yang belanja, tengah bulan makan ikan bakar hahaha, terima kasih bff ..

Mula – mula nak pergi dekat area Sungai Way, medan selera, belakang The Icon (korang akan perasan kalau korang selalu menggunakan highway persekutuan tu, ada banyak belon). Betul betul depan pasaraya Bintang (nama dulu dan famous ok). Tapi tutup pula hari ahad. Sabtu dia buka maybe sebab ada yang keje halfday kot. Kat sini banyak choices dari ikan bakar dan segala lauk pauk, banyak pilihan la kiranya. 
So, terus la kami ke …………………….

Restoran Fendi Ikan Bakar
(featured on Jalan Jalan Cari Makan TV3 tapi tak ingat bila punya siaran ..)


Masa kami sampai sana, memang ramai, tapi ramai yang kau masuk tapi ada meja kerusi yang kosong. Ada dekat luar dan dalam. Kedai ni dah pindah tempat, dulu dekat depan giant dan mcdonalds sekarang tukar sikit je ke dalam berdekatan dengan tabung haji dan angkasa. Kalau guna waze memang ngam ngam sampai depan kedai.


Ok masa untuk layan gambar dan telan air liur. Aku dalam proses belajar nak tangkap gambar cantik cantik. Kalau aku tampal kat sini tapi tak menaikkan nafsu korang, aku nak buat macam mana. Hehehe. Oh lagi satu aku memang jarang edit pix sebab nampak tak original. Itu masalah aku hehe.



Kat sini, diorang akan ambil pesanan untuk air saja, yang lain semua layan diri, yang atas ni stesen order dengan tempat dorang bakar. Ada keli, kembung, cencaru, kerang bakar, tilapia, pari dan semua sedap. Aku tak tipu. Mana ada makanan yang tak sedap kalau kau makan panas-panas dengan nasi putih, kuah asam lagi. Phewwwww. Aku pulak yang menceces air liur ni. Yang bawah ini, kami order :

Talapia Bakar

Cencaru Bakar

Kerang Bakar Sambal
RM8


Ada ayam bakar tapi aku lupa nak snap hahaha .. Air macam biasa la favourite orang ramai teh o ais limau, xpayah ler upload ye.


Harga bagi aku quite okay sebab sedap pun ye haha

Ok, ini alamat dia dan korang boleh waze saja confirm sampai punya :
Jalan SS5B/2, Kelana Jaya
(memang dekat Kompleks Tabung Haji)
No contacts, dan waktu operasi nanti aku kasi update. 

ok itu saja, terima kasih
bye.

No comments:

Post a Comment