Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia , sari berita penting, penting la sangat kan, korang aku nak up story makan-makan. Hiks, seronok tak terkata, sedaaaaaaaaap pun tak terkata , padahal sedap makanan tuh biasa saja, aku saja nak excited, ye lah, aku da lama mengidam benda ni, boleh je kot aku rasa teruja secara berlebihan muahahhahaah .. ok. Stop.
Ceritanya begini, birthday anak buah aku Isnin minggu lepas,
so aku call, wish birthday kat si Qulan pastu tanya “mama belanja ape?” makan
tomyam je tadi kat kedai, Qulan jawab, Hahahaha, dah ku agak dah paling paling
tomyam la dorang makan. So sempat lah si Qulan bisik kat fon, pak chu , mama
nak bawa pergi makan steamboat hari sabtu ni. Perghhh, steamboat weh, mana aku
boleh lepas camtu je, xpatut xpatut. Tanpa segan silu, aku meng’offer’kan diri
nak join dorang makan .. Usah banyak
cerita, sila layan gambar yang ditangkap dari henpon kamera yang tak seberapa
ni :).
nama restoran Rebus-Rebus Steamboat & Grill
ruang dalam kedai, ade dua bahagian, sama besar
of course lah ada seafood, ada udang dan sotong dengan kunyit, but aku prefer udang sotong yang xde perasa apa apa, aku siap kopek kulit udang, nak kasi grill, mengancam sungguh ..
sesiapa peminat daging, ada juga disediakan, di sebelah seafood je pun, daging ada banyak jenis perapan, blackpepper, teriyaki, err , err aku ingat yang tuh je, sorry yang pasti daging perap sambal takde disediakan ye ..haha


item paling penting dalam steamboat ni of course lah fishball dan sebagainya, banyak pilihan macam biasa lah, makan sampai perut kembung, hehehe ..

ada juga bahagian sayur, telur ayam, telur puyuh, mee kering dan lain lain lagi, di bahagian sebelah nya, ada juga makanan bergoreng, macam nasi goreng, mee goreng (yang bergoreng tu bergantung pada masa korang datang lah kedai ni nak goreng ape) :)

ada 4 jenis pilihan sambal/cili kat sini, aku tak ingat rasa apa, sebab aku kepanasan menyemboat .. hehe

bahagian untuk air, masa aku datang, disediakan air bandung, laici dan rutbir, ada juga teh dan kopi, dan air suam.

yang penting, mesti lah ada ice cream, jangan risau once bekas ice cream ni habis, dey all akan topup semula dengan perisa yang available lah, ada chocolate, strawberry, choc mint, jagung, rasberry(aku bg nama perisa sesuka hati je, tgk warna) haha, siap boleh letak sendiri kacang hancur dan choc rice.
sebagai contoh bila kamu semua bersedang bersteamboat dan bergrill .. Taddaaaa ..

Waktu Operasi : 6 pm sehingga 12 am, tutup pada Isnin ..

untuk keterangan lanjut, korang follow twitter dan like fb mereka :)
Restoran ini bertempat di :
D-5G, Jalan Serai Wangi H16/H
Alam Avenue, Seksyen 16,
40200 Shah Alam
Selangor
(dekat dengan JPJ Shah Alam)
012-9404597 / 012-2197349
Maaf tau aku snap semua pic time kedai nak tutup, environment pun ok, kawasan baru, tapi sebelum datang , buat la reservation dua tiga hari sebelum, nanti korang kehampaan melampau pulak, aku tak bertanggungjawab ye, ohhn no time limit, datang kul enam nak balik kul 12 tgh malam pun dorang kasi. Selamat mencuba .
P/S : aku rindukan restoran nelayan titiwangsa yang dahulu, lengkap dan sangat best.
Update : aku tak tau pic semua senget benget, sila maafkan aku tau, aku da edit nanti la aku edit balik, tq




