Friday, December 6, 2013

Lobak Goreng, Sogo KL & Roti Naan Cheese, Jalan Medan Tuanku

Entri makanan pulak hari ini, aku rabu baru ni cadang nak half day secara tetiba tapi tak boleh so terus kan je la amik cuti satu hari. Tinggal lah 8 hari lagi cuti tahunan, nak amik lagi satu hari lagi pastu forwardkan semua ke tahun depan.

Aku kalau cuti tetiba ni, memang satu benda je aku buat, kena hantar mak aku pergi hospital tok menjahit balik jahitan yang koyak kat leher. Orang buat dialysis biasalah kan, mana lah tahan sangat jahitan tuh dah tiga kali seminggu kena tenyeh, paling lama pun sebulan la kot.

Pagi settle , so petang memang aku biasanya akan pergi karoks Red Box Ria , Sogo KL dengan sayang aku Daus. Huhu. Memang selalunya pergi sebab kita kan jarang dapat cuti hari biasa, dan hari biasa harga lebih murah. Nak nak pulak aku guna student kad, so lebih murah dari biasa. Yeayy.

        

Maafkan aku Daus .. Hahhahahah

Ketagih 3 jam dah lepas, so aku lapar dan aku memang dah set nak makan roti naan cheese meleleh tuh kat jalan medan tuanku, turun jer tingkat 8 dari red box ke tingkat 6 tu, mesti korang akan nampak food court dan kaunter yang jual nasi ayam. Dan aku nak cerita pasal sebelah nasi ayam tu, ada jual lobak goreng. Dari hari tu aku memang nak, tp yang ritu nafsu tak sampai, so semalam pikir pikir pikir terus order. Order satu je pun, kongsi dengan Daus.



Bagi sesiapa yang memang tak pernah makan, rasanya lebih kurang macam char kuey teow tu, tapi tak berkuah la, kering, sedap woiiiiiiiiiiiiiiiii, tak tipu, aku jenis memang kuat komplen bab makan, yang kat sogo ni punya sedap. Tapi tak boleh lawan lah kesedapan yang dekat Food Republic Pavillion, tak ingat pulak nama nya, tapi lobak goreng jugak. Kat insta aku member aku ada cakap pulak dekat OU punyer sedap, tu mesti kene terjah lepas ni, hehehehehe




Settle sepinggan, mari lah kita menuju ke jalan medan tuanku. Aku very the konfiden okeh cakap jalan medan tuanku tu ada kat bangunan mara tu padahal !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! situ Jalan Semarang, Daus memang mengekor je la sebab dia memang tak tau. Haha. 

Sokay, tengok google balik, nampak tune hotel then terus tau kat mana dah, depan maju junction tu je pong, kitorg memang jalan kaki je sebab dekat. Aku nak snap pic depan restoran sebenarnya tapi gelap lampu diorang tak functioning well. Gitu. Haha. 

Apa lagi, sampai Restoran Selera MY (House of Real Briyani) RSMY aku buat muka excited dan terus order, 



Roti Naan Cheese 2 , Dhall Fry 1 dan Teh O Ais 2 ..



tengok lah cheese nya, panas panas sanggup nak pegang, pic punya pasal, hahahahahha



Roti Naan Cheese RM6.00 per pcs 


Dhall Fry RM2.00


Teh O Ais RM2.00 per cup

cheese tarik, bukan cheese melimpah hahahahahah, sedap wei, aku tak tipu, roti naan tu pun ringan je, xde la menepung melambak, cheese tak muak so leh la sorang habiskan satu roti naan tu. Aku memang tak order ayam tandoori sebab memang niat nak rasa roti tu je, bistu dah bersepah semua blog kata sedap. Hehehe. Korang nanti pergi ok, time aku pergi ni tak ramai orang pun. Alhamdullillah.

Bye.

Thursday, December 5, 2013

Juzcakes , Alam Budiman : Menepati Citarasa , Bukan yang Biasa -Biasa

Ok, slogan tu aku buat sendiri, suka hati la :P .. yups, cerita kek lagi, aku tak marah tau pasal kek Auris tu aritu, aku cuma tak puas hati je, lain kan maksud tu. Abaikan, dan meh aku nak cerita pulak kek yang aku tempah for my sista yang sambut birthday 3 Dec lepas, tapi sambut on Al-Auris birthday on 1st Dec, Ahad lepas. Kakak aku dah sambut 2 weeks before dah sebenarnya tapi tu dengan geng futsal dorang lah. Ada la kena tempek tepung ngan telor. Member dia ni bagus jugak, sebab ada informer dah bagitau awal-awal yang ada benda2 yang diorang akan kenakan. So dah memang siap bawak baju spare bagai.

Cadangnya nak tempah tempat yang sama, syukur lah aku tak tempah kat situ, kalau tak, tak dapat aku bayangkan apa yang terjadi, hahaha. Sama jugak lah cara nya macam aku cari kek Auris dulu tu, terus jatuh cinta dengan kek yang di upload kat blog ni JUZCAKES .


JUZCAKES .. Dah tekan ke link tu? Betul tak aku cakap, sampai aku order aritu, aku pulak yang tak sabar nak makan kek tu walaupun bukan aku punya. Hiks. I kuat makan okay. Aku jenis yang kurang suka bercakap dekat fon, like seriously, aku prefer mesej such as whatsapp tu la, wechat pun aku tak minat. So segalanya aku mesej sahaja. Actually, nak tempah cupcakes, tapi kakak aku tak nak, sokay, aku tempah kek biasa lah. Godek punya godek blog tu, terus berminat dengan tema garden cake : bumble bee tu, comel gila punya.

Secara laju, aku terus deal dengan owner blog tu, tanya harga dan apa apa yang patut lah. 


Zaaasssssssss deal sudah. Oh korang nanti nak emel, kena ikut format detail yang ada kat blog tu, macam ini. Haha. Kek kena ambil sendiri dekat Alam Budiman, Shah Alam, atas dari Uitm Puncak Perdana, once korang confirm order dan deposit dah dapat, nanti dia akan mesej korang alamat rumah dia. Ko amek sebijik alamat dia tu, pastu guna waze, sampai depan rumah wei waze tu tunjuk, tak tipu sebab aku guna waze haritu. Hehe.



Jeng .. Jeng .. Jeng



Garden Theme : Rainbow Bumble Bee Cake

Sebab apa tema ni, kakak aku punya member panggil B ngan anak buah aku panggil dia Cik Bee .. Hehe 

Cute kan, teruja kejap tengok, come lote kemain, warna pink tu sedap mata memandang, bee yang kecik tu, ggggrrrrrrrrrrrrr, aku pantang nampak benda comel ni, sensitive sikit bahahhahahahaha. Super sedap, cukup lembap, tak manis sesedap je manis nya, rainbow kek ni dalam guna cream cheese dan luar for hiasan guna buttercream. Xnak cakap lebeh, korang memang kena order tau, sedap dan super puas hati. At least kek ni membuatkan hari Ahad tu tak lah sengsara sangat. ( kek auris ler tu) hahahahah. Actually aku nak lebah tu, kan ramai bebudak, takkan lah aku bergaduh bertumbuk ngan budak kan sebab kan lebah tu je pon. Haha ..


Insyaallah aku akan order dekat Juzcakes ni balik. Harga sangat berpatutan (depend on your theme la kan), sedap dan sangat berpuas hati. Terima kasih JUZCAKES.  

Bye

Tuesday, December 3, 2013

Menang Teka - Teki : Blog Mummy Ayu

Salam dan hai korang,

Aku baru dapat hadiah yang cute from USS, Singapore OK. Dibeli dalam singapore dollar okeyh, nampak tak, nampak tak hahahahahah .. 

Camni, aku memang tiap pagi akan terjah a few blog before start kerja dan yang a few ni lah yang aku akan refresh banyak kali walaupun owner blog dah cakap yang dorang outstation ke, bz ke, hari ni up satu entry ke, still aku dok refresh. Cam ketagih pun ada, haaaa gituh punya tahap tau. Tak tipu. Benda betul.

Salah satu blog ni Mummy Ayu atau blogger lain panggil Mummy Ayu la kot hahaha. Sebab apa aku selalu terjah nak tau tak? sebab every week, Mummy Ayu akan upload pic makanan yang kekadang membuatkan aku mencecess air liur exspecially dessert. Penting untuk aku sebab aku pantang nampak makanan yang sedap pastu nak mencuba. Nasib baik lately aku tak beriya sangat nak mencari, sebab apa aku pun tak tau.

So on past few weeks tu, aku baca entry http://mummyayu.blogspot.com/2013/11/kami-ke-mana.html dan suruh saja teka teka ke mana dorang pergi weekend tu. 


Aku memang tak tengok pun FB & Insta Mummy Ayu ni, aku memang saja nak teka.

Tup - tup ..


Hehe, ko dah la tak follow orang tu, pastu ko sibuk nak join teka teki kan.. Xpe kak, saya dah follow dah tadi. Bhahahahahhaa .. Terima Kasih kepada semua peneka kerana lambat untuk meneka. Haih. Hahahhaha.

So, semalam hadiah dah dapat by abam posmen. Macam cute je, macam cantik je bungkusan.


Tapi memang puji tau usaha Mummy Ayu ni sebab siap buat thanks note kat kita pulak, bukan ke saya yang patut bagi thanks note tu dekat akak. Hohohoho


So, eh mestilah kena tunjuk fridge magnet tu last sekali kalau tak korang tak baca entry aku plak. (memang ramai yang tgk blog aku ni) PUIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA


Woody WoodPecker, Universal Studios Singapore Fridge Magnet.

Terima Kasih Mummy Ayu dan diharapkan akak akan setiap hari update blog dan jangan lupa entry makanan. Eh. Hahahahhahahahahaha 

Bye.





Monday, December 2, 2013

Kedai Kek Afrina , Taman Sri Manja : Pengalaman Buruk

Yup, kita terus ke klimaks cerita hahahahah. Sape tak suka kek? Meh sini, aku lempang lelaju. Cerita nya macam ni, my sister ada majlis hari jadi semalam 1 Disember 2013, birthday Al-Auris budak kecik ni 2 tahun. 


So, aku sangat teringin lah nak kan figurine kek yang mengikut tema. Google punya google ada a few homemade cake yang sangat bagus review terutamanya Anis Magic Finger tapi harapan punah sebab mereka bercuti till 3 Dec 2013. Mencari lagi dekat setiap blogspot yang buat business kek sehingga lah ke kekafrina.com. Belek blog ni then memang excited sebab kesemua kek yang ada di blog tu okay, colourful, dan ader figurine kek. Dah la ada figurine, ada pulak tema kereta yang mana aku memang nak kan tema kereta for Auris birthday.

Then on the 13 Nov 2013 aku dah mula whatsapp owner blog tersebut sebab die prefer untuk wasap sebab call/walk-in agak menyusahkan beliau ( memang ada tulis dalam blog beliau ). Then, mula lah sesi soal jawab tema,colour,harga,perasa dan yang berkaitan. Aku confirm order on 14 Nov, deposit 50% on 19 Nov dan macam biasa jugak no deposit no cake.



Sampai lah semalam. Aku gerak dari umah around 9.30 pagi then sampai kedai 9.45 pagi. Wasap terus dan owner cakap akan berada di kedai pukul 10 pagi. Aku okay sebab 15 minit apa lah sangat kan, bukak kedai, bayar balance terus zaaassss.



Teeeeeeeeeeeetaaaaaaaaaapiiiiiiiiiiiiiiii .. jeng jeng jeng ..

Kedai bukak 10.05 pagi eh, aku lek lu kasi dorg bukak kedai, buka lampu, sediakan apa yang patut. Aku pun turun kereta pergi depan kedai. Aku nampak dia tengah mendeko sebiji kek yang warna tema nya memang sama yang aku nak. Lam hati dah resah dah, takkan tak siap lagi, fondant or icing cream tu kan kena keras kan dulu  sebab aku anggap dia dah fridge kan lam peti sejuk malamnya. Sampailah kakak aku tanya,

Bila siap kak? Kami kejar masa, dah lambat?
Oh lagi 5 minit siaplah ‘ tanpa rasa bersalah dia jawab.

Tu nasib baik kakak aku, kalau aku memang dah bergema dah suara kalau aku tanya. Masing2 dah berangin, kek tu patut siap sedia dalam fridge, bukan ko bagi customer lepas ko siap deco makcik.
Tak puas hati, tak puas hati kami pergilah mencari party item yang tak cukup sementara menunggu kek siap. Settle beli barang, terus pecut ambil kek dan aku tak tengok ye kek sampailah kat Saujana Utama sesi potong kek.

   
Nah, Al-Auris 2 tahun Car Theme Cake yang siap di deko pada pukul 10 pagi. (panjang nama kek) hahaha, dalam pic memang nampak macam cantik je, macam comel je. Harapan lah nak perfect, sebab dah nama kerja last minute, cacat memang akan nampak OK. Garang nieyh, ggggrrrrrr, kek ni RM150++





Ini semua pic yang aku tangkap sejurus selepas aku bukak kotak kek tu, Apa yang korang expect dengan harga macamtu? Figurine tu sepatutnya ada hiasan lagi macam hotwheels bawah nie, tapi nan ado,


sapuan tak  kemas, dan nama al-auris tu tak sekata sebab aku nak cepat kot ke sebab dia yang cepat sangat nak deko. Hahhaahhaha. Aku rasa lah kan, dah sah2 kereta tu atas jalan kan, perasan tak xde any line putih kat situ? Kan, kan, kan, ke tema aku mintak hari tu kereta di atas minyak yang tumpah. Eh. Oh fondant biru tu setebal alam dan ngap mulut habis semua bibir warna biru, even terkena jari pun kena basuh ngan sabun baru hilang sampaikan aku siap cakap kepada tetamu nak makan kek jangan makan warna biru tu kang bibir jadi biru. Siyess tak tipu, tanya mak aku. Haha. Kek memang tak habis, all the hiasan mencair teruk. Hahahaha

Ye memang korang yang pernah deal akan cakap time korang elok je, cantik je, sedap je kan, dah time aku macam ni kena, aku review macam ni lah. Sekurang-kurang nya aku promote free tau dia boleh buat dan ambil tempahan kek. Mesti korang tak perasan la tu.

Yup aku masih tak puas hati dan tak puas hati dan tak puas hati, even auris pun tak puas hati tau. Kan baby pak chu kan kan kan kan.


Bye.

Wednesday, May 29, 2013

Baucar Buku 1 Malaysia : 1st Batch RM100

Salam korang, kehilangan kata kata dan idea yang tak berapa nak best. Terus langsung aku abaikan blog ni. Baru khamis lepas, mood membuak buak nak up cerita, hehe gaya macam ramai gila tengok blog yang xde entry ni, cemana nak maju ke depan dalam dunia blogging ni, huhu, tak pe, aku saja menaip naip ni :) ..
-mukadimah tamat-

Merujuk kepada tajuk di atas, aku dapat baucar buku buat kali kedua :) , yang pertama dulu kan dah dapat tahun lepas, so tahun ini di up kan lagi RM50 dan menjadikannya RM250, wuhuuuuuuuuuuu .. tima kaceh PM, satu malaysi..........................a , janji ditepat..........................i, btw tahniah di atas mandat yang diberikan oleh rakyat PRU 13 yang lepas. Semoga penggal baru ini membawa pembaharuan dan keharmonian negara, rakyat, agama dan bangsa terpelihara, Amin. Ok, tetibe cite sal pru 13 plak,

Aku ambil BB1M ni lewat, 19.4.2013 last day tebus kena pergi unit bendahari kat uitm shah alam, sesat barat aku walaupun aku student kat situ. hampehhh !!!! .. tapi tengok dekat uitm student portal, waktu menebus telah dilanjutkan ke 31 May 2013 iaitu hari terakhir baucar ni boleh digunakan di mana mana kedai yang turut serta, kalau tak hangus gitu je la, rugi laaaaaaaaaaaaaa, bek korang g amek dan beli apa yang patut, hehe.

Yup, tinggal 3 hari je tempoh BB1M nak luput. Khamis lepas, aku zassss terus dari office ke Popular Bookstores Sunway Pyramid. Hari bekerja kurang orang, ke rasenya macam ramai sebab Jumaat esoknya tu kan Wesak Day :) . Sampai pukul enam terus start belek buku, belek punya belek punya belek punya belek punya belek sampai 7.30 jugak lah aku mencari yang berkenan di hati, so berikut adalah buku buku yang sempat disambar secara sengaja, hehehe ..




Trilogi Syahadat Cinta RM29.90


Komik M : Dunia Kartun ( Lawak Budak Sekolah) RM6.90


Aku, Kau & Komik Koleksi : RM17.40


Novel Asam Pedas untuk Dia : RM21.00


Kisah Cinta Habil & Qabil : RM 25.00


Popular 2B pencil : RM4.50
Faber Castel Eraser 3 pcs : RM2.65
Straight Ruler : RM1.60

Terus pergi bayar, sekali jumlah RM91.92, confused kejap dekat depan kaunter sebab dah kira before nak bayar tu ngam ngam hundred. Aku puji cara Popular Pyramid ni sebab, walaupun menyusahkan dorg sendiri, tapi dorang akan bagi kita cari lagi untuk cukupkan sampai ngam. So dorang akan key in dekat resit suspended, dan kita pun boleh lah terus mencari. Tu sebab ade alat tulis, aku tak tau nak cari ape, so terus rembat pensel, pemadam dengan pembaris bagi anak buah aku. Eh, kang korang kata aku tak reti kira kira pulak, rupanya setiap buku(buku sahaja) yang kita beli ada diskaun 10%, dan untuk Popular membercard akan dapat 20%. Situ ler punca terkurang lapan hengget tadi tuh. hehehehe. Harga aku tunjuk tu semua before 10% diskaun tau. Total up RM100.67.

So far, aku dah habiskan buku Cinta Habil & Qabil, Lawak Budak Sekolah dan Aku, Kau dan Komik. Novel tu kakak aku yang nak. Cuma nak cari masa nak habiskan Trilogi Syahadat Cinta. Huhu ..

Akhir kata, "Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya"



Sunday, April 7, 2013

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 26 : Ramalan Keputusan !!!!

*Nah aku hapdet dah, the ori result undian rakyat malaysia, hehe
Hai, korang, lama tak hapdet, tak ada idea lah, bahan ada, idea menulis hilang camtu saja, hehehe. Tak sabar tunggu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 26. Aku nak meramal sapa yang menang tau. Tengok ah aku ramal sapa ......

Artis Baru Lelaki Popular
Izzue Islam
Aiman Hakim Ridza

Artis Baru Wanita Popular
Nad Zainal
Wawa Zainal

Artis Duo/Berkumpulan Popular
Black & Malique

Penyanyi Lelaki Popular
Aizat
Hafiz

Penyanyi Wanita Popular
Shila Amzah

Pelakon TV Lelaki Popular
Beto Kusyairy
Aaron Aziz

Pelakon TV Wanita Popular
Nabila Huda

Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Shaheizy Sam

Pelakon Filem Wanita Popular
Yana Samsudin

Artis Komedi Lelaki Popular
Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular
Jihan Raja Lawak
Didie Alias

Pengacara TV Lelaki Popular
AC Mizal
Aznil Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana

Artis Paling Popular
Shaheizy Sam
SHILA AMZAH

Aku pergi malam ini di atas tiket fan Aizoners .. :) .. 
Lepas anugerah aku hapdet balik sapa yang menang ye .. 


kredit pic kepada Ieda Tec's .. hehe

ABPBH 26 2012 ni sangat ghfefifegnjlgvnrjgreeruwbwerljbferwj kannn .. kbai

Friday, March 8, 2013

Info Sihat

Aku tengah mengemas barang pameran dalam stor, banyak sangat keratan akhbar, poster poster untuk dipamerkan,memacam penyakit dan cara mengubat ada .. Hahaha .. mintak mintak kita semua sihat walafiat la ye. Kang korang curious pulak kan, aku keje kat kolej kesihatan, memang patut la jumpe semua info camni .. 



 


Amacam, simple je pon poster nya .. pix aku memang tak boleh blah, kamera henpon x cun mana.. Korang weekend jangan nak tension bagai ok

Bye