Friday, December 6, 2013

Lobak Goreng, Sogo KL & Roti Naan Cheese, Jalan Medan Tuanku

Entri makanan pulak hari ini, aku rabu baru ni cadang nak half day secara tetiba tapi tak boleh so terus kan je la amik cuti satu hari. Tinggal lah 8 hari lagi cuti tahunan, nak amik lagi satu hari lagi pastu forwardkan semua ke tahun depan.

Aku kalau cuti tetiba ni, memang satu benda je aku buat, kena hantar mak aku pergi hospital tok menjahit balik jahitan yang koyak kat leher. Orang buat dialysis biasalah kan, mana lah tahan sangat jahitan tuh dah tiga kali seminggu kena tenyeh, paling lama pun sebulan la kot.

Pagi settle , so petang memang aku biasanya akan pergi karoks Red Box Ria , Sogo KL dengan sayang aku Daus. Huhu. Memang selalunya pergi sebab kita kan jarang dapat cuti hari biasa, dan hari biasa harga lebih murah. Nak nak pulak aku guna student kad, so lebih murah dari biasa. Yeayy.

        

Maafkan aku Daus .. Hahhahahah

Ketagih 3 jam dah lepas, so aku lapar dan aku memang dah set nak makan roti naan cheese meleleh tuh kat jalan medan tuanku, turun jer tingkat 8 dari red box ke tingkat 6 tu, mesti korang akan nampak food court dan kaunter yang jual nasi ayam. Dan aku nak cerita pasal sebelah nasi ayam tu, ada jual lobak goreng. Dari hari tu aku memang nak, tp yang ritu nafsu tak sampai, so semalam pikir pikir pikir terus order. Order satu je pun, kongsi dengan Daus.



Bagi sesiapa yang memang tak pernah makan, rasanya lebih kurang macam char kuey teow tu, tapi tak berkuah la, kering, sedap woiiiiiiiiiiiiiiiii, tak tipu, aku jenis memang kuat komplen bab makan, yang kat sogo ni punya sedap. Tapi tak boleh lawan lah kesedapan yang dekat Food Republic Pavillion, tak ingat pulak nama nya, tapi lobak goreng jugak. Kat insta aku member aku ada cakap pulak dekat OU punyer sedap, tu mesti kene terjah lepas ni, hehehehehe




Settle sepinggan, mari lah kita menuju ke jalan medan tuanku. Aku very the konfiden okeh cakap jalan medan tuanku tu ada kat bangunan mara tu padahal !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! situ Jalan Semarang, Daus memang mengekor je la sebab dia memang tak tau. Haha. 

Sokay, tengok google balik, nampak tune hotel then terus tau kat mana dah, depan maju junction tu je pong, kitorg memang jalan kaki je sebab dekat. Aku nak snap pic depan restoran sebenarnya tapi gelap lampu diorang tak functioning well. Gitu. Haha. 

Apa lagi, sampai Restoran Selera MY (House of Real Briyani) RSMY aku buat muka excited dan terus order, 



Roti Naan Cheese 2 , Dhall Fry 1 dan Teh O Ais 2 ..



tengok lah cheese nya, panas panas sanggup nak pegang, pic punya pasal, hahahahahha



Roti Naan Cheese RM6.00 per pcs 


Dhall Fry RM2.00


Teh O Ais RM2.00 per cup

cheese tarik, bukan cheese melimpah hahahahahah, sedap wei, aku tak tipu, roti naan tu pun ringan je, xde la menepung melambak, cheese tak muak so leh la sorang habiskan satu roti naan tu. Aku memang tak order ayam tandoori sebab memang niat nak rasa roti tu je, bistu dah bersepah semua blog kata sedap. Hehehe. Korang nanti pergi ok, time aku pergi ni tak ramai orang pun. Alhamdullillah.

Bye.

3 comments:

  1. ok. sekarang akak dah konpius! sebenarnya kedai ni kat Jalan ape dan bangunan ape? Nak pegi ni..nak pegi!

    *nak google malas. nak tggu kamu masuk keje cam lambat je*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai roti naan tu dekat jalan medan tuanku, kiranya dr kepong/selayang.gombak tu naik kiri jumpa sime darby kan, depan sikit ada tune hotel kan, depan tune hotel tu traffic light (sebelah kanan maju junction mall) stay kanan dan masuk kanan, terus stay kiri then memang akan nampak jalan medan tuanku, masuk kiri ke dalam sikit tadaaaaaaa .. hahahah ..

      Delete
  2. was here...boleh cuba nnt ni..mcm sedap kan...

    ReplyDelete