Showing posts with label happy birthday. Show all posts
Showing posts with label happy birthday. Show all posts

Thursday, December 5, 2013

Juzcakes , Alam Budiman : Menepati Citarasa , Bukan yang Biasa -Biasa

Ok, slogan tu aku buat sendiri, suka hati la :P .. yups, cerita kek lagi, aku tak marah tau pasal kek Auris tu aritu, aku cuma tak puas hati je, lain kan maksud tu. Abaikan, dan meh aku nak cerita pulak kek yang aku tempah for my sista yang sambut birthday 3 Dec lepas, tapi sambut on Al-Auris birthday on 1st Dec, Ahad lepas. Kakak aku dah sambut 2 weeks before dah sebenarnya tapi tu dengan geng futsal dorang lah. Ada la kena tempek tepung ngan telor. Member dia ni bagus jugak, sebab ada informer dah bagitau awal-awal yang ada benda2 yang diorang akan kenakan. So dah memang siap bawak baju spare bagai.

Cadangnya nak tempah tempat yang sama, syukur lah aku tak tempah kat situ, kalau tak, tak dapat aku bayangkan apa yang terjadi, hahaha. Sama jugak lah cara nya macam aku cari kek Auris dulu tu, terus jatuh cinta dengan kek yang di upload kat blog ni JUZCAKES .


JUZCAKES .. Dah tekan ke link tu? Betul tak aku cakap, sampai aku order aritu, aku pulak yang tak sabar nak makan kek tu walaupun bukan aku punya. Hiks. I kuat makan okay. Aku jenis yang kurang suka bercakap dekat fon, like seriously, aku prefer mesej such as whatsapp tu la, wechat pun aku tak minat. So segalanya aku mesej sahaja. Actually, nak tempah cupcakes, tapi kakak aku tak nak, sokay, aku tempah kek biasa lah. Godek punya godek blog tu, terus berminat dengan tema garden cake : bumble bee tu, comel gila punya.

Secara laju, aku terus deal dengan owner blog tu, tanya harga dan apa apa yang patut lah. 


Zaaasssssssss deal sudah. Oh korang nanti nak emel, kena ikut format detail yang ada kat blog tu, macam ini. Haha. Kek kena ambil sendiri dekat Alam Budiman, Shah Alam, atas dari Uitm Puncak Perdana, once korang confirm order dan deposit dah dapat, nanti dia akan mesej korang alamat rumah dia. Ko amek sebijik alamat dia tu, pastu guna waze, sampai depan rumah wei waze tu tunjuk, tak tipu sebab aku guna waze haritu. Hehe.



Jeng .. Jeng .. Jeng



Garden Theme : Rainbow Bumble Bee Cake

Sebab apa tema ni, kakak aku punya member panggil B ngan anak buah aku panggil dia Cik Bee .. Hehe 

Cute kan, teruja kejap tengok, come lote kemain, warna pink tu sedap mata memandang, bee yang kecik tu, ggggrrrrrrrrrrrrr, aku pantang nampak benda comel ni, sensitive sikit bahahhahahahaha. Super sedap, cukup lembap, tak manis sesedap je manis nya, rainbow kek ni dalam guna cream cheese dan luar for hiasan guna buttercream. Xnak cakap lebeh, korang memang kena order tau, sedap dan super puas hati. At least kek ni membuatkan hari Ahad tu tak lah sengsara sangat. ( kek auris ler tu) hahahahah. Actually aku nak lebah tu, kan ramai bebudak, takkan lah aku bergaduh bertumbuk ngan budak kan sebab kan lebah tu je pon. Haha ..


Insyaallah aku akan order dekat Juzcakes ni balik. Harga sangat berpatutan (depend on your theme la kan), sedap dan sangat berpuas hati. Terima kasih JUZCAKES.  

Bye

Monday, December 2, 2013

Kedai Kek Afrina , Taman Sri Manja : Pengalaman Buruk

Yup, kita terus ke klimaks cerita hahahahah. Sape tak suka kek? Meh sini, aku lempang lelaju. Cerita nya macam ni, my sister ada majlis hari jadi semalam 1 Disember 2013, birthday Al-Auris budak kecik ni 2 tahun. 


So, aku sangat teringin lah nak kan figurine kek yang mengikut tema. Google punya google ada a few homemade cake yang sangat bagus review terutamanya Anis Magic Finger tapi harapan punah sebab mereka bercuti till 3 Dec 2013. Mencari lagi dekat setiap blogspot yang buat business kek sehingga lah ke kekafrina.com. Belek blog ni then memang excited sebab kesemua kek yang ada di blog tu okay, colourful, dan ader figurine kek. Dah la ada figurine, ada pulak tema kereta yang mana aku memang nak kan tema kereta for Auris birthday.

Then on the 13 Nov 2013 aku dah mula whatsapp owner blog tersebut sebab die prefer untuk wasap sebab call/walk-in agak menyusahkan beliau ( memang ada tulis dalam blog beliau ). Then, mula lah sesi soal jawab tema,colour,harga,perasa dan yang berkaitan. Aku confirm order on 14 Nov, deposit 50% on 19 Nov dan macam biasa jugak no deposit no cake.



Sampai lah semalam. Aku gerak dari umah around 9.30 pagi then sampai kedai 9.45 pagi. Wasap terus dan owner cakap akan berada di kedai pukul 10 pagi. Aku okay sebab 15 minit apa lah sangat kan, bukak kedai, bayar balance terus zaaassss.



Teeeeeeeeeeeetaaaaaaaaaapiiiiiiiiiiiiiiii .. jeng jeng jeng ..

Kedai bukak 10.05 pagi eh, aku lek lu kasi dorg bukak kedai, buka lampu, sediakan apa yang patut. Aku pun turun kereta pergi depan kedai. Aku nampak dia tengah mendeko sebiji kek yang warna tema nya memang sama yang aku nak. Lam hati dah resah dah, takkan tak siap lagi, fondant or icing cream tu kan kena keras kan dulu  sebab aku anggap dia dah fridge kan lam peti sejuk malamnya. Sampailah kakak aku tanya,

Bila siap kak? Kami kejar masa, dah lambat?
Oh lagi 5 minit siaplah ‘ tanpa rasa bersalah dia jawab.

Tu nasib baik kakak aku, kalau aku memang dah bergema dah suara kalau aku tanya. Masing2 dah berangin, kek tu patut siap sedia dalam fridge, bukan ko bagi customer lepas ko siap deco makcik.
Tak puas hati, tak puas hati kami pergilah mencari party item yang tak cukup sementara menunggu kek siap. Settle beli barang, terus pecut ambil kek dan aku tak tengok ye kek sampailah kat Saujana Utama sesi potong kek.

   
Nah, Al-Auris 2 tahun Car Theme Cake yang siap di deko pada pukul 10 pagi. (panjang nama kek) hahaha, dalam pic memang nampak macam cantik je, macam comel je. Harapan lah nak perfect, sebab dah nama kerja last minute, cacat memang akan nampak OK. Garang nieyh, ggggrrrrrr, kek ni RM150++





Ini semua pic yang aku tangkap sejurus selepas aku bukak kotak kek tu, Apa yang korang expect dengan harga macamtu? Figurine tu sepatutnya ada hiasan lagi macam hotwheels bawah nie, tapi nan ado,


sapuan tak  kemas, dan nama al-auris tu tak sekata sebab aku nak cepat kot ke sebab dia yang cepat sangat nak deko. Hahhaahhaha. Aku rasa lah kan, dah sah2 kereta tu atas jalan kan, perasan tak xde any line putih kat situ? Kan, kan, kan, ke tema aku mintak hari tu kereta di atas minyak yang tumpah. Eh. Oh fondant biru tu setebal alam dan ngap mulut habis semua bibir warna biru, even terkena jari pun kena basuh ngan sabun baru hilang sampaikan aku siap cakap kepada tetamu nak makan kek jangan makan warna biru tu kang bibir jadi biru. Siyess tak tipu, tanya mak aku. Haha. Kek memang tak habis, all the hiasan mencair teruk. Hahahaha

Ye memang korang yang pernah deal akan cakap time korang elok je, cantik je, sedap je kan, dah time aku macam ni kena, aku review macam ni lah. Sekurang-kurang nya aku promote free tau dia boleh buat dan ambil tempahan kek. Mesti korang tak perasan la tu.

Yup aku masih tak puas hati dan tak puas hati dan tak puas hati, even auris pun tak puas hati tau. Kan baby pak chu kan kan kan kan.


Bye.