Ok, slogan tu aku buat sendiri, suka hati la :P .. yups,
cerita kek lagi, aku tak marah tau pasal kek Auris tu aritu, aku cuma tak puas
hati je, lain kan maksud tu. Abaikan, dan meh aku nak cerita pulak kek yang aku
tempah for my sista yang sambut birthday 3 Dec lepas, tapi sambut on Al-Auris
birthday on 1st Dec, Ahad lepas. Kakak aku dah sambut 2 weeks before
dah sebenarnya tapi tu dengan geng futsal dorang lah. Ada la kena tempek tepung
ngan telor. Member dia ni bagus jugak, sebab ada informer dah bagitau awal-awal
yang ada benda2 yang diorang akan kenakan. So dah memang siap bawak baju spare
bagai.
Cadangnya nak tempah tempat yang sama, syukur lah aku tak
tempah kat situ, kalau tak, tak dapat aku bayangkan apa yang terjadi,
hahaha. Sama jugak lah cara nya macam aku cari kek Auris dulu tu, terus jatuh
cinta dengan kek yang di upload kat blog ni JUZCAKES .
JUZCAKES .. Dah tekan ke link tu? Betul tak aku cakap,
sampai aku order aritu, aku pulak yang tak sabar nak makan kek tu walaupun
bukan aku punya. Hiks. I kuat makan okay. Aku jenis yang kurang suka bercakap
dekat fon, like seriously, aku prefer mesej such as whatsapp tu la, wechat pun
aku tak minat. So segalanya aku mesej sahaja. Actually, nak tempah cupcakes,
tapi kakak aku tak nak, sokay, aku tempah kek biasa lah. Godek punya godek blog
tu, terus berminat dengan tema garden cake : bumble bee tu, comel gila punya.
Secara laju, aku terus deal dengan owner blog tu, tanya
harga dan apa apa yang patut lah.
Zaaasssssssss deal sudah. Oh korang nanti nak
emel, kena ikut format detail yang ada kat blog tu, macam ini. Haha. Kek kena ambil
sendiri dekat Alam Budiman, Shah Alam, atas dari Uitm Puncak Perdana, once
korang confirm order dan deposit dah dapat, nanti dia akan mesej korang alamat
rumah dia. Ko amek sebijik alamat dia tu, pastu guna waze, sampai depan rumah wei
waze tu tunjuk, tak tipu sebab aku guna waze haritu. Hehe.
Jeng .. Jeng .. Jeng
Garden Theme : Rainbow Bumble Bee Cake
Sebab apa tema ni, kakak aku punya member panggil B ngan anak buah aku panggil dia Cik Bee .. Hehe
Cute kan, teruja kejap tengok, come lote kemain, warna pink
tu sedap mata memandang, bee yang kecik tu, ggggrrrrrrrrrrrrr, aku pantang
nampak benda comel ni, sensitive sikit bahahhahahahaha. Super sedap, cukup lembap, tak manis sesedap je manis nya,
rainbow kek ni dalam guna cream cheese dan luar for hiasan guna buttercream.
Xnak cakap lebeh, korang memang kena order tau, sedap dan super puas hati. At
least kek ni membuatkan hari Ahad tu tak lah sengsara sangat. ( kek auris ler
tu) hahahahah. Actually aku nak lebah tu, kan ramai bebudak, takkan lah aku
bergaduh bertumbuk ngan budak kan sebab kan lebah tu je pon. Haha ..
Insyaallah aku akan order dekat Juzcakes ni balik. Harga
sangat berpatutan (depend on your theme la kan), sedap dan sangat berpuas hati.
Terima kasih JUZCAKES.
Bye






