Ahad lepas, kakak aku tetiba ada mood nak gi jalan jalan
cari makan nak mee udang. Member dia promote Mee Udang Mak Jah dekat area Wangsa Walk.
So aku pun konfiden lah tau wangsa walk tu kat mane, mana lah pernah
lepak ujung dunia kat ampang tuh, nak dekat Zoo Negara dah. Lebih kurang kul 1
camtu pergilah terus cari kedai. Berpusing pusing aku mencari. Padahal da sah2 situ
bukan Wangsa Walk, situ memang AEON AU2 Keramat. Mati mati aku ingat situ
Wangsa Walk. Berpusing siap Tanya orang kat situ lagi, semua kata dekat wangsa
walk. Round punya round , siap terjah medan selera lagi, jumpa satu kedai,
memang terpampang mee udang punya banner.
Lapar punya pasal, terus order dan ngap. Terima kasih kepada foursquare kerana
menyedarkan kami kedai itu bukan kedai yang dicari. So kakak aku terus Tanya makcik kedai tu, Mee
Udang Mak Jah kat mane, terus makcik tu buat muka terus kata ala lebih kurang
dengan dia punya. Tak de persaingan sihat langsung makcik tuh buat bisnes. Ye
la aku pun da order da pun makanan dia, at least bagi la reaksi ceria sikit (berapa banyak punya da laaa) hahahaha ..
Macam rasa mee bandung, kedai ni berdekatan dengan Klinik
Kesihatan Keramat AU3 sebelah je..
Settle cepat2 kat kedai tuh, terus singgah Petronas tanya
Carrefour wangsa maju,sebab da tengok peta kat BB ngan Tanya suami makcik tadi
kata dekat area situ. Respon dari staff petronas tuh memang baguih la, siap
lukis map. Hehehe. Maaflah saya orang kampong, yo la kampong, huhuhuhu.
Dan akhirnyaaaaaaaaa sampai jugak aku kat Wangsa Business
Centre, terus mencari kedai tersebut .. Taddaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Pintu depan kedai, hujung sekali ..
Yang ni pulak, bahagian dalam kedai makan ni, bersih pun
bersih, pekerja pun mesra alam la jugak,
Deko Deko Deko ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, cantik
Menu J
.. Cer teka kami pilih apa? Oleh kerana
da makan mee di kedai yang salah memula tuh, so kitorang order …
Kakak aku order Bihun
Udang dan Air Asam Boi
Nasi Goreng Udang pilihan aku, siap ada kuah mee udang tu dan
air The o Ais Laici, air die buat sangat sedap, semua rasa ada J
And so setelah di google kesedapan mee udang ni, rupanya
popular dekat kuala sepetang, perak, pernah masuk jalan jalan cari makan
katanya … And lastly cer teka berapa hengget tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .. ohh mee udang special tuh actually for my mom, tapau sudaaa huhu
Aku
bagi rate 3/5 la kot untuk kesedapan makanan ni .. pertanyaan lanjut sila lah layari http://www.makjahmeeudangkualasepetang.blogspot.com/ :) selamat mencuba .
*sampai sekarang mee udang paling sedap pernah aku rasa dekat old town white coffee, nak rasa yang dekat pulau pinang, kemain jauh nak g merasa yekk hahahahaha
*sampai sekarang mee udang paling sedap pernah aku rasa dekat old town white coffee, nak rasa yang dekat pulau pinang, kemain jauh nak g merasa yekk hahahahaha












Tak mau tanya orang yg duduk dekat dengan Wangsa Walk...
ReplyDeleteKan da jumpa kedai lain.
ayoyoyo..hebat mak jah siap ade cawangan kat wangsa walk....kat kuala sepetang biasa2 je kedainye..hihi
ReplyDeletekalau branch kat taiping memang sedap..
ReplyDeleteoh ye, awak merupakan follower kita yang ke 1000, sila check entry ni untuk more details http://www.ciklilyputih.com/2013/02/giveaway-mencari-follower-yang-ke-1000.html untuk claim hadiah tau...
thanks,
Lily