Showing posts with label lunch. Show all posts
Showing posts with label lunch. Show all posts

Friday, September 26, 2014

Restoran Tarbush, Sunway Pyramid (Middle Eastern Restaurant)

 #foodporn #foodporn #foodporn yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, betul itu, betul itu, so hari ini kita pergi jelajah makan dekat …………………………………….

TARBUSH, SUNWAY PYRAMID
LG2.123 Marrakesh Zone, Sunway Pyramid, 46150 Petaling Jaya
03-56339222
4 outlet termasuk ini, Jalan Bukit Bintang, Starhill Gallery dan Batu Ferringghi , Penang


Deko dalamnya, ada luar dalam
yang merokok dan nak ber'sisha' sila faham sendiri .. haha




Aku dah dua kali pergi sini. So far memang puas hati. Hihihi. Yang ni pergi bertiga sebab ada birthday lunch for me 1/9 yang lepas. Itu je la mukadimah nya kot .. hahaha ..


Aku serta merta kan menu penuh dekat sini okays .. 








dan kami meng’order’


Shish Tawook
RM 28
Grilled juicy boneless chicken breast cubes, served with Tarbush garlic sauce
Emang nya sedap dong, ayat biasa ‘aku tak tipu’ HaHa , memang juicy pun, mana ada kau masuk kedai arab pastu tak sedap, jarang tak sedap .. ok. 90% recommended


Shish Kebab Irany with White Rice
RM 32
Tender minced lamb marinated and grilled, served on the top of white rice ..
100 % aku rekomen, memang juicy, succulent flavour and tenderness overload. Untuk white rice, itu bukan sebarang nasi putih dekat rumah tu, beras mereka lain, 
so that korang kena gaul kan butter itu dengan nasi sebati.




Then kau suapkan masuk dalam mulut korang dannnnnnnnnnnnnn korang akan rasa kesedapan dan ke'mabeles'an to the max. Sumpah tak tipu, dua kali pergi memang akan order ini. 
Limau tu korang perahkan saja atas lamb itu. Gerenti puas hati dan happy tummy.


Briyani Lamb Chicken
RM 28.50
Briyani rice served with succulent lamb chunks or half baked chicken.
Peratusan rekomen aku bagi 90% , For sure ayam tu memang lembut, dan berperisa, kenyang dan berbaloi. Kenapa tak pilih lamb sebab makanan di atas nya sudah lamb, 
lagipun my mom tak boleh makan kambing, darah tinggi katanya hehehe ..


Tarbush Salad
RM 17
Romaine lettuce, tomato, cucumber, white radish, crunchy toasted Lebanese bread.
Penggemar salad? Should try this ok, tapi dah sampai pesanan terus makan, jangan nak makan hujung hujung sebab salad kan dah bercampur sos semua, so sebelum berair, better ngap terus.
 Nampak tak kepingan warna coklat tu? Aku pun confuse sama ada kulit limau atau roti Lebanese tu. Haha. Recommended 90 %.


Baklava
RM 12
Tradisional Middle Eastern finger pastries filled with nut.
For dessert, kira ok lah, tak payah pergi jejauh naik flight bagai, kat mesia pun ada. Boleh je korang nak order, pemanis mulut kan. 80 % direkomenkan by aku. Hehe

For drinks, kitorang order jus tembikai, mineral water with ice dan ice lemon tea. 



Korang just order plain water pun ok. Ye la dah makan semua yang berat berat, memang patut minum plain water. Kasi relak perut. Giiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu .. 

Ok, nak lebih senang korang klik saja TARBUSH punya website.

Akhir kata, lidah aku lain, lidah korang ……………………………. (sila isi tempat kosong) hehe

Bye 

Monday, September 22, 2014

Restoran Tirai Ratus, Seksyen 3, Shah Alam

Hari isnin korang, tak payah Monday blues sangat lah, dah tetiap tahun, tetiap bulan, tetiap minggu nak blues jadahnya. Hahaha. Ok, aku sebenarnya tengah dalam cubaan nak update entri tiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Kita pelan pelan kayuh ye. Kalau ada masa dan ada bahan aku up.

Jadi, topik utama hari ni macam biasalah hashtag #foodporn .. Muehehehehehe, dan aku nak up pasal Restoran Tirai Ratus, Seksyen 3, Shah Alam. Aku dan bff Fuza selalu jugak la ke sini, tapi recently dah keluar jalan jalan cari makan tv3 wei, 2 bulan lepas kot. Kali ni pergi ngan my mom and my sis.  Dan menu diorang pun boleh tahan juga.

Lets ……………………………………………………………..



Kat sini memacam ada, standard restoran makan lah, cuma rasa je yang berbeza dan yang penting sini ada Murtabak Singapore. Bercakap pasal murtabak Singapore, paling sedap aku pernah makan adalah dekat Bazar Ramadan Keramat KL, tapi sekarang dah takde dah. Long time ago lah kiranya, dulu , abah aku sanggup redah jem semata nak beli murtabak tu dekat situ. Hahaha.




Murtabak Singapore
Ada 2 layer , 3 layer, yang ni aku order 2 layer, bagi aku just nice, makan panas panas, memang superb lah, doh nipis, daging pun juicy and lembab, memang recommended and kena rasa.
RM12


Nasi Ayam Balado
Nasi ayam dan ayam tu diletakkan sambal, sambal tu sedap dan memang sedap (tak tau nak taip ape lagi) Hehehehehehe .. Nasi ayam ni ada dua jenis, satu lagi ayam panggang 
(dalam menu kalau ada dua hearts yang bermaksud dorang memang recommend for that food lah)


Nasi Beriani Kambing
My sis yang order, kau dah petang pun nak melantak beriani kan. Gggrrr. Kakak aku cakap , rasa kurang sikit. Maybe nasi tu kot. Beriani kan ada banyak jenis masakan. 
So yang ini, aku rasa not bad lah, just yang kuah daging kambing tu macam muak sikit, mungkin boleh  mintak jangan letak banyak kuah daging tu la kot. 
Kot lah, tapi aku makan ok jer, kena dengan lidah tekak den ni haaa.




Bubur Nasi Set

Setau iolls, dulu tak de tau, baru lagi la kot. Yang sampingan tu dah ok, just bubur nasi tu terlebih air, so makan macam sup dah jadinya, tak rasa nasi, hahaha. Tapi aku ok je pun. Hahaha ..


Deko dalam Tirai Ratus .. Aku pergi around pukul 5 petang macam tu rasanya, dah ramai orang 

Macam biasa, akhir kata, lidah tekak aku lain, korang punya pun lain, tak sama, rambut sama hitam, lidah lain lain. Eh, hewhewhewhewhew

Korang nak terjah senang jer, belakang Mcdonalds / Caltex / Wisma Mais (round about tasik shah alam tu) 

10, Jalan Cendana 3/13B
Seksyen 3
4000 Shah Alam, Selangor

Oh last but not least, diorang ada kiosk satay, memang sedap pernah rasa dulu, tapi tutup hari tu, dan kacang pool pun takde time aku pergi ni. Frustrated kat situ, so next time je la. hehe 

Bye 

Thursday, September 18, 2014

Restoran Fendi Ikan Bakar, Kelana Jaya

Assalamualaikum
Hai Korang (sambil melambai lambai) haha

Siapa pernah makan ikan bakar? Tolong buat thumb ups di depan komputer/laptop/smartphones/ipad masing masing sebab hari ini entri makan makan ikan bakar. Aku makan sikit je la, berkongsi kongsi dengan member pun. Tapi masih boleh aku masukkan sebagai story lerr. Aku pergi Ahad lepas 14/09/2014, si Fuza & Husband nak belanja, yeayyy murah rezeki sungguh orang yang belanja, tengah bulan makan ikan bakar hahaha, terima kasih bff ..

Mula – mula nak pergi dekat area Sungai Way, medan selera, belakang The Icon (korang akan perasan kalau korang selalu menggunakan highway persekutuan tu, ada banyak belon). Betul betul depan pasaraya Bintang (nama dulu dan famous ok). Tapi tutup pula hari ahad. Sabtu dia buka maybe sebab ada yang keje halfday kot. Kat sini banyak choices dari ikan bakar dan segala lauk pauk, banyak pilihan la kiranya. 
So, terus la kami ke …………………….

Restoran Fendi Ikan Bakar
(featured on Jalan Jalan Cari Makan TV3 tapi tak ingat bila punya siaran ..)


Masa kami sampai sana, memang ramai, tapi ramai yang kau masuk tapi ada meja kerusi yang kosong. Ada dekat luar dan dalam. Kedai ni dah pindah tempat, dulu dekat depan giant dan mcdonalds sekarang tukar sikit je ke dalam berdekatan dengan tabung haji dan angkasa. Kalau guna waze memang ngam ngam sampai depan kedai.


Ok masa untuk layan gambar dan telan air liur. Aku dalam proses belajar nak tangkap gambar cantik cantik. Kalau aku tampal kat sini tapi tak menaikkan nafsu korang, aku nak buat macam mana. Hehehe. Oh lagi satu aku memang jarang edit pix sebab nampak tak original. Itu masalah aku hehe.



Kat sini, diorang akan ambil pesanan untuk air saja, yang lain semua layan diri, yang atas ni stesen order dengan tempat dorang bakar. Ada keli, kembung, cencaru, kerang bakar, tilapia, pari dan semua sedap. Aku tak tipu. Mana ada makanan yang tak sedap kalau kau makan panas-panas dengan nasi putih, kuah asam lagi. Phewwwww. Aku pulak yang menceces air liur ni. Yang bawah ini, kami order :

Talapia Bakar

Cencaru Bakar

Kerang Bakar Sambal
RM8


Ada ayam bakar tapi aku lupa nak snap hahaha .. Air macam biasa la favourite orang ramai teh o ais limau, xpayah ler upload ye.


Harga bagi aku quite okay sebab sedap pun ye haha

Ok, ini alamat dia dan korang boleh waze saja confirm sampai punya :
Jalan SS5B/2, Kelana Jaya
(memang dekat Kompleks Tabung Haji)
No contacts, dan waktu operasi nanti aku kasi update. 

ok itu saja, terima kasih
bye.