Hari isnin korang, tak payah Monday blues sangat lah, dah
tetiap tahun, tetiap bulan, tetiap minggu nak blues jadahnya. Hahaha. Ok, aku
sebenarnya tengah dalam cubaan nak update entri tiap hari Isnin, Rabu dan
Jumaat. Kita pelan pelan kayuh ye. Kalau ada masa dan ada bahan aku up.
Jadi, topik utama hari ni macam biasalah hashtag #foodporn
.. Muehehehehehe, dan aku nak up pasal Restoran Tirai Ratus, Seksyen 3, Shah
Alam. Aku dan bff Fuza selalu jugak la ke sini, tapi recently dah keluar jalan
jalan cari makan tv3 wei, 2 bulan lepas kot. Kali ni pergi ngan my mom and my sis. Dan menu diorang pun boleh tahan
juga.
Lets ……………………………………………………………..
Kat sini memacam ada, standard restoran makan lah, cuma rasa
je yang berbeza dan yang penting sini ada Murtabak Singapore. Bercakap pasal
murtabak Singapore, paling sedap aku pernah makan adalah dekat Bazar Ramadan
Keramat KL, tapi sekarang dah takde dah. Long time ago lah kiranya, dulu , abah
aku sanggup redah jem semata nak beli murtabak tu dekat situ. Hahaha.
Murtabak Singapore
Ada 2 layer , 3 layer, yang ni aku order 2 layer, bagi aku
just nice, makan panas panas, memang superb lah, doh nipis, daging pun juicy
and lembab, memang recommended and kena rasa.
RM12
Nasi Ayam Balado
Nasi ayam dan ayam tu diletakkan sambal, sambal tu sedap dan
memang sedap (tak tau nak taip ape lagi) Hehehehehehe .. Nasi ayam ni ada dua
jenis, satu lagi ayam panggang
(dalam menu kalau ada dua hearts yang
bermaksud dorang memang recommend for that food lah)
Nasi Beriani Kambing
My sis yang order, kau dah petang pun nak melantak beriani
kan. Gggrrr. Kakak aku cakap , rasa kurang sikit. Maybe nasi tu kot. Beriani kan
ada banyak jenis masakan.
So yang ini, aku rasa not bad lah, just yang kuah
daging kambing tu macam muak sikit, mungkin boleh mintak jangan letak banyak kuah daging tu la
kot.
Kot lah, tapi aku makan ok jer, kena dengan lidah tekak den ni haaa.
Bubur Nasi Set
Setau iolls, dulu tak de tau, baru lagi la kot. Yang
sampingan tu dah ok, just bubur nasi tu terlebih air, so makan macam sup dah
jadinya, tak rasa nasi, hahaha. Tapi aku ok je pun. Hahaha ..
Deko dalam Tirai Ratus .. Aku pergi around pukul 5 petang macam tu rasanya, dah ramai orang
Macam biasa, akhir kata, lidah tekak aku lain, korang punya pun lain, tak sama, rambut sama hitam, lidah lain lain. Eh, hewhewhewhewhew
Korang nak terjah senang jer, belakang Mcdonalds / Caltex / Wisma Mais (round about tasik shah alam tu)
10, Jalan Cendana 3/13B
Seksyen 3
4000 Shah Alam, Selangor
Oh last but not least, diorang ada kiosk satay, memang sedap pernah rasa dulu, tapi tutup hari tu, dan kacang pool pun takde time aku pergi ni. Frustrated kat situ, so next time je la. hehe
Bye
Tv cantik. Aircond besar bagak. Tp budak2 kata tauke xbg on. Happeer lar punya kedai...
ReplyDelete