Restoran Kulcats Barrio
No 35 Jalan Rahim Kajai 13
60000 Taman Tun Dr Ismail
Kuala Lumpur
037733 3420
Insta @kulcats
Mari kita lihat lidah aku rasa ape pulak ye !!!! Jeng Jeng Jeng Jenggggggggggggggggggggggggggg
SNACKS
Chip & Dale
Potatoes fries topped with chilli con carne & cheese
sauce
RM15
Plating menarik kan, dalam ala ala baldi kecik hahaha sedap
weh, sosnya rasa sos coney dog A&W , sila makan masa panas panas ye uolls
.. Peratus recommended 70%
Kul Nachos
Tortilla chips, chili con carne, cheese sauce, pickled
jalapenos, lettuce and tomato salsa
Sos nya sama dengan sos chip & dale sebab dorang gunakan
benda yang sama pun chili con carne jugak. Rasanya? Ermmm ermmm ntah la (adil
tak) haha .. Peratus recommended 40% .. tak yah order pun tak pe kot .. eh
hahahahah
MAIN
Kulcats Lamb Chop
Barrio’s marinated lamb shoulder, sweet rosemary &
balsamic glazed, salad and mashed potato.
RM29
Kakak aku kata kena dengan tekak dia, aku kata lamb tu
kering tak juicy, tak spot on (ayat Masterchef Kanada hahaha) actually, kurang sikit perasa lah kiranya,
pastu kakak aku kata makanan semua ni ada gred nya sendiri. Macam hotel,
restaurant mewah, gerai and ect ect ect .. Peratus recommended 60%
Aglio Olio Breadcrumbs
Spaghetti, garlic, chili flakes, beef bacon, cherry tomato,
fresh basil, herbs and breadcrumbs
RM17
Peratus recommended 50%
Ini kelakar. Makanan sampai meja, aku dengan seeksaited nya
pun ngap, first suapan tu aku memang rasa masin gila. So aku ingatkan beef
bacon tu yang masin. Aku ngap lagi dua kali, tekak dah tak leh terima dah,
memang masin tahap menara KLCC. Aku siap suruh kakak aku rasa, dia pun cakap
benda yang sama. Memang tak boleh pergi masin tu, aku suh kakak aku cakap kat
staf situ.
Aku : Olio ni masin
sangat, ke memang rasa dia macam tu kat sini?
Saya tak boleh makan, panas
lidah.
Staff : ye ke, nanti saya tanya kitchen, sekejap eh
Aku : eh tak pun,
awak rasa lah dulu, xpe rasa je
Hahaha, terus dia bawa pinggan aku pergi kitchen, chef
merasa, another staff pun merasa, so then dia datang balik, staf tu kata akan
di buat yang baru. Tapi kan masa tu, lidah kau memang tak boleh nak rasa ape
dah, memang rasa masin je, sangat kuat. Dan kakak aku cakap, selalunya lah bila
kita hantar balik pinggan and complaint, mesti dorg marah dan tak puas hati dan
mesti kita fikir dorang akan letakkan something dalam 2nd round food
tu kan kan kan. Aku ok jer persepsi macam tu, asal aku makan tak de rasa jumpa
pepelik , ok la tu. Hehe.
DESSERT
American Pecan Tart
RM10
100% recommended. Nasib baik ada penyelamat mood malam tu,
hahaha. Memang sedap jarang kot dessert tak sedap woii. Kalau boleh nak rasa
semua jer dessert yang ada. Tapi macam melampau la pulak ko melantak ke hape
kat café orang tu.
Kulcats ade satu lagi kedai sebaris dengan yang barrio ni,
Kulcats Pastel. Kat situ semua desserts, cakes, pastries, and you name it.
Secara konklusinya, aku datang next time makan dessert la
ye. Hahaha. Kami order plain water je, sebab nak elakkan jadi muak dan cepat
kenyang. Gitu. Aku tak order sekaligus ye, order satu, habis satu, baru order
lagi. Ramai pun orang nya datang malam ahad tu. Time nak bayar, staf tanya ok ke tak, aku tak memang tak boleh jawab. Jawaban semua yang kat atas ni. Haha
Nak feeling urban and nak jadi Abil wannabe, sila datang ok.
Haha.
Bye
No comments:
Post a Comment