Assalammualaikum
Hai, korang ..
Ini cerita tujuh september lepas, aku pergi KIDZ & CRÈME
@ Setia Dagang, berhampiran Setia City Mall, kira kalau dari situ just 5 minit
ala ala camtu sebab memang dekat, jalan lurus menuju kebenaran. Hehe. Aku rasa
tak payah habaq pun xpe kot, sape punya café ? of course lah abang sador kita
Aaron Aziz yang punyaaaa (suara bergema ala ala ahmad albab yang punya HAHAHAHAHA)
k fine, tak lawak -__- ..
Untuk pencerahan, I do love Aaron Aziz tapi aku pergi
nak makan bukan sebab dia (tapi kalau bukan dia punya café, mesti aku tak pergi
kan) ke camne? Hahahahahahaha
Oh , pasal gambar, aku memang tak ambil pun environment kat
situ, sebab time tu nafsu menguasai diri. Mata aku selesa la suasana, susun
atur meja, kerusi, colourful and memang naikkan mood nak makan. Lagipun time tu
baru pukul 1 tghari, tak ramai sangat pun. Aku kecewa time staff bagi menu, sebab dorang cakap yang
hari sebelumnya ada event or something dekat café tu, so that banyak menu yang
dalam prepping time dorang. Macam Asian menu memang tiada langsung on that day.
Belek punya belek menu yang apa yang, yang ada semalam chicken parmigiana, pasta,
dessert, appetizer kot rasanya. Terbeliak juga la mata tengok harga setiap food
and beverages. Pic menu pun aku tak tangkap sebab tak banyak choices makanan,
so aku nak tak nak je order. Hehe.
Aku malas nak fikir, sebab alang alang datang kan, why not
kita mencuba. Again bila baca kat insta, nampak macam mesti sedap gila sambil
cip cip air liur kan. Kan kan kan uolls. So aku order pasta turkey bacon,
frappe caramel dan of course Nutella Tart.
(takde mood nak menaip tapi nak taip juga sebab … baca
sampai habis ok)
RM 13.00
Ok, mari bercakap tentang Frappe Caramel, jujurnya harga
macam itu better korang pergi Starbucks (oh korang boikot kan) , Coffee Bean
(boikot jugak eh?) haha , tak kisah lah korang pergi je tempat lain, tak pun
standby air mineral kat kereta hahahaha .. rasanya tawar ibarat coklat campur
air kosong siap ..
*harap ditingkatkan lagi rasa caramel frappe tu ye*
RM 16.90
Next, Olio Aglio Turkey Bacon, hampa aku, serius aku hampa,
sebab pasta tu sendiri dah keras dan seasoning pun tiada umphh . Aku lagi prefer olio aglio dekat Humble Chef, RM5 sebekas (tak tau
dah naik harga ke belum hehe) sedap dan murah. Yang ini memang aku frustrated
sangat.
Sangat tak berbaloi.
*diharapkan untuk perbaiki lagi*
RM14.00
Last, the most fav cakes bangsa bangsa instagram Nutella
Tart, pendapat aku Daim Cake at IKEA Café jauh lagi sedap dan murah. Aku bukan
apa, harga mahal tak pe, tapi biar berbaloi rasa tu, aku hilang mood sampai ke
malam siap pergi makan Cappuccino Chessecake dekat Secret Recipe.
*serba serbi kurang rasa, tak ada kick orang cakap haa gituu*
Cappuccino Chessecake @ Secret Recipe
memang terbaik weh .. perut kita gembira makan ini
(tetibe haha)
Aku tak tahu la sama ada tukang rasa yang puji sedap menggila tu semata mata
nak dapat attention Aaron atau sebaliknya. Tak pun peminat kipas susah mati
Aaron sampai yang takde rasa ape pun dikata sedap. Aku harap dapat dipertingkatkan lagi untuk kepuasan pelanggan okey. Environment memang cosy and ceria.
Aku tak larang pun korang nak pergi, sebab aku tak rasa pun makanan yang lain kan, aku cakap berdasarkan apa yang rasa dan makan. Jangan marah ya.
Untuk korang yang nak pergi, ini alamat mereka :
5 Jalan Setia Dagang,
U13/AK Sunsuria 7th Avenue
Setia Alam
03-33588289
insta : KIDZANDCREME
www.kidzandcreme.com
Lastly, visit my IG @mio_ikhsan sebab aku suka upload gambar makanan dengan hashtag #miomakan (hashtag baru wujud semalam) haha ..
Bye
tergodanya tengok tu semua.. sedap!
ReplyDeletegambar memainkan peranan yang penting .. haha .. orang tak lapar terus jadi lapar ..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBest nyer jadi blogger foodie kan.. saya suka terlupa nak mengambik gambar pastu nak blog story, tak de gambar huhuhu.. nak pergi aaron aziz cafe tu pasal kids friendly features sahaja.. nak tahu gak, betul ke apa kids friendly nyer tu. will update.
ReplyDeleteHai, sy bukan blogger foodie, baru nak ke arah itu, haha, saya actually pergi nak rasa nutella tart tu je, tak sempat pulak terjah lebih, hehe, spoil mood pun ye, sebab banyak makanan yang takde .. thanks komen n singgah :)
DeleteBaru lepas makan dekat sana, 2 org makan, oglio seafood yg xbseberapa,portion pn sikit, coney dog yang bun keras, caramel machianto, better beli dekat starbuck or coffee bean,bole dpt size besar lagi, air buah, and nutella tart yg over price, dua org makan rm70, come on,bukan nk berkira harga, tapi setanding lah dgn kualiti, TGI ,Chilis pn harga lebih kurang ,tp portion n kualiti tu ada..first and last, agak2 la nasi goreng biasa-biasa harga rm18..
ReplyDelete