Showing posts with label shah alam. Show all posts
Showing posts with label shah alam. Show all posts

Monday, November 17, 2014

Restoran Adam Lai, Seksyen 15, Shah Alam

Assalamualaikum korang, ye jangan lah marah , aku tau aku tak update blog (gaya yang membaca ribu riban) hahaha .. ok jom jom scroll sampai ke bawah sebab hari ini mau cerita tentangggggggggggg

RESTORAN ADAM LAI MAKANAN CINA MUSLIM, SEKSYEN 15, 
SHAH ALAM



Ini pinggan aku .. yuuuuuuuuuuuuuuuuuummmmmmmmmmmmmmmmmm


Kita teruskan dengan gambar makanan .. hehehe

 




Ini sebahagian menu yang ada, macam biasa yang ada tanda bagus tu menu yang di suggestkan la .. 

Aku up picture mengikut turutan kesedapan tekak iolls ok .. GOOOOOOOOOOOOOOOO


Salted Egg Chicken
RM19
Serius yummy sebab semua rasa ada, masin manis cukup


Two Combination Prawn
RM42
Sesuai dengan harga sebab, ada dua jenis udang, goreng tepung dan butter, pun berbaloi uolls, 
prawnlicious weiii .. 


Two Combination Kailan
RM17
Best kailan in town la bagi aku, tak puas kot, aku kalau dapat sepinggan seorang leh habis aku ratah je. Rangup ye krap krup krap krup


Hack Kah Crab
RM36
Of course la ada rasa manis, manis sos dengan manis ketam hahaha


Salted Egg Plant with Minced Meat
RM12
Ikut tekak memasing, bagi aku rasa ok la, still tekak menerima , kalau terung tu tak lembik sangat lagi ok


Loo Up Duck
RM16
Agak kurang la , manis daging tu ada tak de jer, hihihi 


Siakap Goreng Sweet Sour
RM38
Ikan tu macam ada kesilapan jer masa goreng, tak lembut seperti makan siakap kat tempat lain, 
lain tempat lain cara kan, sos ok 

Kesemua makanan yang kitorang order adalah size small ye. Cukup untuk kami berempat. dan macam biasa air kosong untuk minuman. Overall syukur alhamdullillah, semuanya sedap la, nak complain banyak banyak pergi masak sendiri (kepada diri sendiri) hahaha




Adam Lai ada tiga outlet tapi alamat ni untuk outlet Shah Alam :-

No 69-G Jalan Pahat H 15/H 
Seksyen 15 
40200 Shah Alam 
Selangor
0355242378

Cukup tak entrii ni? Hihu .. nanti aku update makanan lain ye korang, jangan lupa follow my insta @mio_ikhsan atau search #miomakan kalau nak tengok aku makan ape .. (very daaaaa) hahaha


Bye ..

Monday, September 22, 2014

Restoran Tirai Ratus, Seksyen 3, Shah Alam

Hari isnin korang, tak payah Monday blues sangat lah, dah tetiap tahun, tetiap bulan, tetiap minggu nak blues jadahnya. Hahaha. Ok, aku sebenarnya tengah dalam cubaan nak update entri tiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Kita pelan pelan kayuh ye. Kalau ada masa dan ada bahan aku up.

Jadi, topik utama hari ni macam biasalah hashtag #foodporn .. Muehehehehehe, dan aku nak up pasal Restoran Tirai Ratus, Seksyen 3, Shah Alam. Aku dan bff Fuza selalu jugak la ke sini, tapi recently dah keluar jalan jalan cari makan tv3 wei, 2 bulan lepas kot. Kali ni pergi ngan my mom and my sis.  Dan menu diorang pun boleh tahan juga.

Lets ……………………………………………………………..



Kat sini memacam ada, standard restoran makan lah, cuma rasa je yang berbeza dan yang penting sini ada Murtabak Singapore. Bercakap pasal murtabak Singapore, paling sedap aku pernah makan adalah dekat Bazar Ramadan Keramat KL, tapi sekarang dah takde dah. Long time ago lah kiranya, dulu , abah aku sanggup redah jem semata nak beli murtabak tu dekat situ. Hahaha.




Murtabak Singapore
Ada 2 layer , 3 layer, yang ni aku order 2 layer, bagi aku just nice, makan panas panas, memang superb lah, doh nipis, daging pun juicy and lembab, memang recommended and kena rasa.
RM12


Nasi Ayam Balado
Nasi ayam dan ayam tu diletakkan sambal, sambal tu sedap dan memang sedap (tak tau nak taip ape lagi) Hehehehehehe .. Nasi ayam ni ada dua jenis, satu lagi ayam panggang 
(dalam menu kalau ada dua hearts yang bermaksud dorang memang recommend for that food lah)


Nasi Beriani Kambing
My sis yang order, kau dah petang pun nak melantak beriani kan. Gggrrr. Kakak aku cakap , rasa kurang sikit. Maybe nasi tu kot. Beriani kan ada banyak jenis masakan. 
So yang ini, aku rasa not bad lah, just yang kuah daging kambing tu macam muak sikit, mungkin boleh  mintak jangan letak banyak kuah daging tu la kot. 
Kot lah, tapi aku makan ok jer, kena dengan lidah tekak den ni haaa.




Bubur Nasi Set

Setau iolls, dulu tak de tau, baru lagi la kot. Yang sampingan tu dah ok, just bubur nasi tu terlebih air, so makan macam sup dah jadinya, tak rasa nasi, hahaha. Tapi aku ok je pun. Hahaha ..


Deko dalam Tirai Ratus .. Aku pergi around pukul 5 petang macam tu rasanya, dah ramai orang 

Macam biasa, akhir kata, lidah tekak aku lain, korang punya pun lain, tak sama, rambut sama hitam, lidah lain lain. Eh, hewhewhewhewhew

Korang nak terjah senang jer, belakang Mcdonalds / Caltex / Wisma Mais (round about tasik shah alam tu) 

10, Jalan Cendana 3/13B
Seksyen 3
4000 Shah Alam, Selangor

Oh last but not least, diorang ada kiosk satay, memang sedap pernah rasa dulu, tapi tutup hari tu, dan kacang pool pun takde time aku pergi ni. Frustrated kat situ, so next time je la. hehe 

Bye 

Wednesday, April 16, 2014

D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet , Shah Alam

Ye .. merujuk tajuk di atas, entri makan makan YEAYYYYYY .. Kali ini aku singgah pulak D’Kayangan Buffet BBQ Steamboat. Nak cuba rasa dan suasana yang baru lah. Come on, jangan lah kalau restoran tu sedap kena makan namploh ratus juta kali kan. Hehe. Sebenarnya aku nak sambut birthday bff aku Fuza 18/3, kekonon macam birthday dinner la, walaupun lewat seminggu dari actual die dilahirkan haha. Aku offer dia makan dekat Laman Seri Grill tapi tak nak (selamat duit selamat duit). Wajib lah wei ajak laki dia makan sekali, melampau la nak berdua dua lak .. haha



deko luar restoran


Ini lawak sebab aku memang suruh Fuza call for booking meja, tapi tak payah pun takpe, sebab hari weekdays memang banyak kosong. Si Fuza request bawah kipas, pergi meja terus aku tersengih, siap tulis under fan hahaha nasib bukan nama aku. Nanti staff situ akan tanya sama ada kita nak rebus sahaja atau siap tempat grill. Ok.

Kuah macam biasa sama ada sup atau tomyam tau .. 




Yang ni memang item wajib steamboat la, takde semua ni bukan steamboat namanya tuan puan. Gitu. Aku memang puji sangat kesedapan pedal tu. Bila kita grill kan kan kan kan, sedap gilosssshhh, dah la besar pedal tu, grill pastu sangat sangat sangat sangat (susah lak nak gambarkan perasaan sedap ya amat tu) tapi aku tak tipu .. habis jujur dah ni .. haha  


Ada makanan bergoreng / panas, nasi putih dengan lauk pun ada


memacam jenis mee


memacam jenis sayur


ada kambing panggang tapi kurengg ummphh la hehe


dan lambakan sos .. hiks




dan of course la kena ada manisan mulut, omputih kata dessert haaaaa .. 
ABC tu kena self service, ambil ais dalam tong, then ko press je sekuat hati, tadaaaaa,'
senang kan
So ada aiskrim, buah dan kek .. Yummmmmmsssssss



antara yang aku grill itu malam hohohoho , nampak tak pedal tu? nampak tak? tolong la buat buat nampak haha ..

Oh, itu Fuza dan husband, Fairuz




Deko dalaman restoran dan ada surau juga toilet disediakan 


dan semestinya pilihan TV3
Jalan Jalan Cari Makan


Nah, details aku kasi, 
rasanya harga semua standard dekat mana mana restoran steamboat.
Apartment Servis Sri Acapella, No 1 Jalan Lompat Tinggi 13/33
 Seksyen 13 40100 Shah Alam
(berdepan dengan Restoran Tupai - Tupai)
6 petang till 12 tengah malam
(aku ada nampak notis had makan 3 jam , tapi not sure)
03-55234979 

Oh, aku nak selit info kejap, harga untuk Rebus - Rebus Steamboat & Grill, Shah Alam dah bertukar.
Dewasa : RM33.90 , Kanak2 6-12 thn : RM16.90
Warga Emas : RM 24.90 , Kanak2 5 thn ke bwh : Percuma


Last but not least
kami bertiga, semoga till jannah, alololololololololololololololololo
(staff dorang yang snapkan)
hahahahahahahahahahhaha

#dkayangansteamboat