Wednesday, May 29, 2013

Baucar Buku 1 Malaysia : 1st Batch RM100

Salam korang, kehilangan kata kata dan idea yang tak berapa nak best. Terus langsung aku abaikan blog ni. Baru khamis lepas, mood membuak buak nak up cerita, hehe gaya macam ramai gila tengok blog yang xde entry ni, cemana nak maju ke depan dalam dunia blogging ni, huhu, tak pe, aku saja menaip naip ni :) ..
-mukadimah tamat-

Merujuk kepada tajuk di atas, aku dapat baucar buku buat kali kedua :) , yang pertama dulu kan dah dapat tahun lepas, so tahun ini di up kan lagi RM50 dan menjadikannya RM250, wuhuuuuuuuuuuu .. tima kaceh PM, satu malaysi..........................a , janji ditepat..........................i, btw tahniah di atas mandat yang diberikan oleh rakyat PRU 13 yang lepas. Semoga penggal baru ini membawa pembaharuan dan keharmonian negara, rakyat, agama dan bangsa terpelihara, Amin. Ok, tetibe cite sal pru 13 plak,

Aku ambil BB1M ni lewat, 19.4.2013 last day tebus kena pergi unit bendahari kat uitm shah alam, sesat barat aku walaupun aku student kat situ. hampehhh !!!! .. tapi tengok dekat uitm student portal, waktu menebus telah dilanjutkan ke 31 May 2013 iaitu hari terakhir baucar ni boleh digunakan di mana mana kedai yang turut serta, kalau tak hangus gitu je la, rugi laaaaaaaaaaaaaa, bek korang g amek dan beli apa yang patut, hehe.

Yup, tinggal 3 hari je tempoh BB1M nak luput. Khamis lepas, aku zassss terus dari office ke Popular Bookstores Sunway Pyramid. Hari bekerja kurang orang, ke rasenya macam ramai sebab Jumaat esoknya tu kan Wesak Day :) . Sampai pukul enam terus start belek buku, belek punya belek punya belek punya belek punya belek sampai 7.30 jugak lah aku mencari yang berkenan di hati, so berikut adalah buku buku yang sempat disambar secara sengaja, hehehe ..




Trilogi Syahadat Cinta RM29.90


Komik M : Dunia Kartun ( Lawak Budak Sekolah) RM6.90


Aku, Kau & Komik Koleksi : RM17.40


Novel Asam Pedas untuk Dia : RM21.00


Kisah Cinta Habil & Qabil : RM 25.00


Popular 2B pencil : RM4.50
Faber Castel Eraser 3 pcs : RM2.65
Straight Ruler : RM1.60

Terus pergi bayar, sekali jumlah RM91.92, confused kejap dekat depan kaunter sebab dah kira before nak bayar tu ngam ngam hundred. Aku puji cara Popular Pyramid ni sebab, walaupun menyusahkan dorg sendiri, tapi dorang akan bagi kita cari lagi untuk cukupkan sampai ngam. So dorang akan key in dekat resit suspended, dan kita pun boleh lah terus mencari. Tu sebab ade alat tulis, aku tak tau nak cari ape, so terus rembat pensel, pemadam dengan pembaris bagi anak buah aku. Eh, kang korang kata aku tak reti kira kira pulak, rupanya setiap buku(buku sahaja) yang kita beli ada diskaun 10%, dan untuk Popular membercard akan dapat 20%. Situ ler punca terkurang lapan hengget tadi tuh. hehehehe. Harga aku tunjuk tu semua before 10% diskaun tau. Total up RM100.67.

So far, aku dah habiskan buku Cinta Habil & Qabil, Lawak Budak Sekolah dan Aku, Kau dan Komik. Novel tu kakak aku yang nak. Cuma nak cari masa nak habiskan Trilogi Syahadat Cinta. Huhu ..

Akhir kata, "Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya"



Sunday, April 7, 2013

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 26 : Ramalan Keputusan !!!!

*Nah aku hapdet dah, the ori result undian rakyat malaysia, hehe
Hai, korang, lama tak hapdet, tak ada idea lah, bahan ada, idea menulis hilang camtu saja, hehehe. Tak sabar tunggu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 26. Aku nak meramal sapa yang menang tau. Tengok ah aku ramal sapa ......

Artis Baru Lelaki Popular
Izzue Islam
Aiman Hakim Ridza

Artis Baru Wanita Popular
Nad Zainal
Wawa Zainal

Artis Duo/Berkumpulan Popular
Black & Malique

Penyanyi Lelaki Popular
Aizat
Hafiz

Penyanyi Wanita Popular
Shila Amzah

Pelakon TV Lelaki Popular
Beto Kusyairy
Aaron Aziz

Pelakon TV Wanita Popular
Nabila Huda

Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Shaheizy Sam

Pelakon Filem Wanita Popular
Yana Samsudin

Artis Komedi Lelaki Popular
Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular
Jihan Raja Lawak
Didie Alias

Pengacara TV Lelaki Popular
AC Mizal
Aznil Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana

Artis Paling Popular
Shaheizy Sam
SHILA AMZAH

Aku pergi malam ini di atas tiket fan Aizoners .. :) .. 
Lepas anugerah aku hapdet balik sapa yang menang ye .. 


kredit pic kepada Ieda Tec's .. hehe

ABPBH 26 2012 ni sangat ghfefifegnjlgvnrjgreeruwbwerljbferwj kannn .. kbai

Friday, March 8, 2013

Info Sihat

Aku tengah mengemas barang pameran dalam stor, banyak sangat keratan akhbar, poster poster untuk dipamerkan,memacam penyakit dan cara mengubat ada .. Hahaha .. mintak mintak kita semua sihat walafiat la ye. Kang korang curious pulak kan, aku keje kat kolej kesihatan, memang patut la jumpe semua info camni .. 



 


Amacam, simple je pon poster nya .. pix aku memang tak boleh blah, kamera henpon x cun mana.. Korang weekend jangan nak tension bagai ok

Bye 


Khutbah Jumaat 08/03/2013 : Tanggungjawab Mempertahankan Negara


-Berdasarkan dalil yang jelas di dalam al-quran dan hadis, mempertahankan negara adalah fardu bagi umat islam.

-Yakinlah bahawa perjuangan yang dialkukan itu sebahagian dari ibadah dan satu jihad ke jalan Allah.

-Semua umat dan individu haruslah bersatu dan wajib menolak apa apa yang akan
menghancurkan negara.

-Islam mengharuskan umatnya menjadi kan peperangan sebagai salah satu cara dalam
menjaga maruah dan agama.

-Mereka yang berperang ke jalan Allah dianggap syahid disisinya.

-Malaysia tanah air kita,di sini kita membesarkan generasi dan syiar islam yang kita warisi dari asal usul islam kita sendiri.

-Jadi usahlah menggadaikan maruah negara ini dengan anasir jahat.  Hayatilah semangat pahlawan terdahulu dan yang telah terkorban baru baru ini.

-Marilah bersatu padu merapatkan barisan agar keharmonian negara terjaga. Permusuhan sesama sediri akan melemahkan dan merugikan.

-Mimbar jumaat menyatakn kekesalan terhadap pencerobohan di Sabah dan kehilangan wira negara, dan mendoakan agar ops daulat diberikan jalan kemenangan.

Kesimpulannya, sesungguhnya kekuasaan dan pertolongan Allah itu sentiasa bersama kita.

*jika ada yang silap, sila betulkan, terima kasih :) ..

Wednesday, March 6, 2013

MALAS


UITM di Hatiku .. Hiks ..
pernah dengar sekali je lagu uitm masa pengenalan sem satu dulu .. blerghhhhhh

Hai, korang. Korang nak tahu tak aku masih belajar sebenarnya. Umo dah masuk 23 tahun tapi terkedek-kedek nak abiskan diploma. Jujur la, dulu aku belajar hanya lah untuk menaikkan jawatan aku dari kerani sumber manusia ke jawatan yang lain. Tapi, takdir Allah siapa jangka, aku dapat tawaran jawatan pembantu perpustakaan di bawah gomen. Sape tak nak, lagipun aku tunggu hamper setahun sampai aku frust nama aku calon simpanan tuh hilang dalam system.  Tup tup tup dapat surat di mana masa itu, aku memang nekad nak berhenti kerja kerani walaupun aku memang tak dapat ape ape offer time tu.  So, terus hantar notis sebulan seminggu dan menunggu lapor diri. OK, aku dah gaya macam nak buat pendahuluan karangan kan. Bhahahahhahahahah

Problem nya sekarang, aku berada di semester 7 (memang part time student ade 7 semester) dan patut habes sem ni, bermakna hujung bulan ini.  Disebabkan aku terlampau rajin mengulang paper (rajin pala otak) so memang aku akan melangkah masuk ke semester 8.  Final exam hujung bulan, ade 4 subjek yang aku belum confident nak hadap kecuali subjek computer. Arrgghhhhhhhh

1. Minggu ini kelas macam biasa tiada test atau assignment yang perlu dihantar.

2. Minggu depan akan ada test math (sabtu) dan law(khamis).

3. Minggu depan ada kursus induksi dekat negeri Sembilan (rabu hingga isnin).

4. Minggu depan kena hantar assignment law (group n individu), ekonomi (group n individu), computer    (group) math (individual).

5. Minggu exam pada 30/31 Mac 2013, 2/4 Apr 2013

6. Dan masih belum mengambil test ekonomi sebab aku tak datang kelas dan mencari masa untuk mengambil test law dan math yang aku tak datang minggu depan.

Haaaa, kemalasan setan ini lah menyebabkan aku tak study dan belum prepare ape ape untuk hadap final exam sem 7 nieyh. Ooo ko kalau karoks ngan movie, mentang je rajin kan, hahaahaha , so macamane? …  sendiri tanggung la kan (xde motip pun nak highlight no tu semuaa ) hehe.

Tapi 23 haribulan ade family gathering dekat PD pulaks, dan minggu ni macam wajib menyopping je .. haahahahaha

Mcdonald's Old Town PJ tak macam dulu ..


Aku memang kaki mekdonald. Serius weh aku tak tipu, most of the week memang akan beli set mekdi. Aku selalu terjah dekat area rumah aku, Mcdonalds Old Town PJ. MCD sinilah yang paling best dan old skool bagi aku sebab tiada sebab yang spesifik. Muahahaha, tapi itu dulu, kini kenangan hanya tinggal kenangan. Keseronokan aku membeli set mekdi sama ada take away atau dine in kat sini, semakin pudar dan terhiris-hiris. Over kejap gaya macam putus kasih kan, hehehehe. 

Aku perasan sejak menjak nieyh ke sejak dua tahun lepas, servis dekat mekdi old town pj ni sangat tak welcoming customer eventhough staf servis pada masa itu mencukupi. amek order nthen mesti tertinggal satu item, kalau dine-in xpe, cuba fikir kalau yang take-away pastu da balik rumah sedar sedar item pesanan tak cukup? tak ke korang memaki hamun, aku camtu jugak, kekadang tuh gagah la jugak patah balik, tp dah selalu camtu, aku kurangkan untuk ke mekdi situ. Iya, aku faham, salah sendiri tak check before blah dari mekdi , tapi sebab aku jenis trust people, tu lah sebabnya.

Cerita sebenarnya, aku tak pernah lah kena situasi macam ni, serius aku tak pernah berada dalam keadaan camni di mana mana fast food restaurant yang lain. Cerita betul tau, kakak aku nak lunch mekdi on last Sunday, so aku pun pergila around 2.00 pm for mcvalue lunch tapau. Memang ramai dan beratur panjang sebab aku dapat order pun around 2.35 pm gitu. Dan memang perasan, staf servis pada masa itu tak cukup, terang terang tak cukup.  Tetiba, supervisor ni naik suara dan sebut THANK YOU AND COME AGAIN dekat Chinese boy nieyh. terkejut aku weh, gilaaaaaaaaaaa, mekdi tuh penuh dengan orang pastu leh lak ko as supervisor menjerit sesuka hati ko jerk.  Lepas tu, terus tak tentu arah supervisor nieyh, muka dah memang bengang, amek order customer lain pun agak biadap sebenarnya siap marah dan menekan suara dia. 

Cian dekat Chinese boy tadi tuh, amek tray naik tingkat atas dan semua pandang dia. Aku tak sure lah that boy buat apa, tapi memang tak patut kalau ko bengang ngan budak tu sekalipun. Da sah sah ko kene jaga air muka customer.  Aku pun pernah kerja sales assistant, pernah juga kena maki kat kaunter dengan customer, tapi aku rileks je, time bulan puasa pulak tuh.  dan, kau memang kene pergi training customer services lah, face expression takde, tone suara x mesra telinga, hurmm, if aku yang kena macam itu, entahlah hahahaha dan aku berharap sangat that Chinese tuh buat report untuk premis mekdi tuh.

And the boyish girl name FA***N , please berubah cara anda entertain customer.  Lagi satu yang aku dok pahe ni kan, mekdi biasanya time brekfes tak ramai, sebab masing masing menunggu lunch hour 12 – 3 pm tuh, kan kan kan, nak kata ko penat memang tak lah cik kak oiiiii , nampak sangat nipunye, kalau boleh jangan lah amek delivery dari sini, aku pernah kena banyak kali, paling lama 2 jam, maybe xde rider kot (positif) bhahahahahahhahahahahahha ..  

p/s : Mekdi paling best untuk aku sekarang MCD Subang Parade lah kot .. 



Monday, March 4, 2013

Racing Boy Sport Rim


serius, jangan tanya aku pasal kereta dengan moto, aku sangat gagal dalam memahami model kereta/motor apatah lagi nak kenal  segala komponen yang ada. Dulu pun sekolah menengah aku langsung tak hirau subjek kemahiran hidup, aku buat dek je, time exam pakai tick the best choice pada masa itu. hahaha, motip aku nak cerita skola menengah , tetiba je kan.

sport rim aku da senget sebenarnya dah masuk setahun lebih dah. Memula senget sebab jatuh moto pada malam raya 2011 time nak beli juadah berbuka puasa, tayar belakang meletup dan terus efek keseluruhan moto. Dari tu lah langsung tak tukar rim tuh sebab bagi aku elok lagi. Tahun ni je , moto aku takleh naik dua orang, kene naik sorang jek, kalau naik berdua, serta merta tayar belakang pancit.

mana tak nya, aku travel dulu ke kl, pastu ke shah alam pastu baru balik pj lepas tu dapat kerja baru pun sama, travel ke sg buloh ke shah alam dan pj balik. Jalan area sungai buloh korang jangan cakap lah, tengok lambakan lori tak kira masa dah sah akan efek jalanraya. penuh lubang berlopak-lopak, shah alam tu pun nak makin hancur dah aku tengok jalan kat highway tuh. Hahaha.

So, minggu lepas CNY aku nak tukar rim lah. memang dah aim dah racing boy punya brand but kene cari kedai yang berpatutan lah. ada satu kedai ni offer RM250 kau, walaweh, rugi wooo, sebab kedai die more to jual moto, bukan servis punya. So aku sanggup tunggu kedai satu lagi ni bukak, kemain sakan korang beraya cina kan, seminggu korang zass bercuti. Xpe xpe aku tak marah, aku bengang je. Huhu.

Cyclemate Motorsport Accesories, Petaling Jaya

kedai buka terus aku serbu …………………… Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa



pening aku nak pilih model, padahal sama je pun, aku pun malas nak amek pusing , terus tibai yang ni .. hehe
aku bila sampai kedai ni, aku teruja satu menda je, ni ha, teruja, aku pun tak tahu kenapa, macam tak pernah tengok mesin ni, hahahahahaa ..


Kira berbaloi lah kedai moto sini, ye lah dari aku bayar rim rm250 tuh dapatlah aku rm220 je, nthen tukar bearing rm12 seketul da berapa dah, jimat duit kat situ .. so lepas ni dapatlah aku merempit dengan laju dengan pembonceng duduk di belakang, poyo gila, padahal bawak moto slow motion jerk.  ok, dari aku melalut , bek aku stop menaip .. kikikikikikikiki ..


bajet artis tutup no plat takut ade org ikut .. hahahaha 


p/s : nanti nak hadpet berkelah dekat Kemensah Waterfall huhu