Friday, March 8, 2013
Khutbah Jumaat 08/03/2013 : Tanggungjawab Mempertahankan Negara
-Berdasarkan dalil yang jelas di dalam al-quran dan hadis, mempertahankan negara adalah fardu bagi umat islam.
-Yakinlah bahawa perjuangan yang dialkukan itu sebahagian dari ibadah dan satu jihad ke jalan Allah.
-Semua umat dan individu haruslah bersatu dan wajib menolak apa apa yang akan
menghancurkan negara.
-Islam mengharuskan umatnya menjadi kan peperangan sebagai salah satu cara dalam
menjaga maruah dan agama.
-Mereka yang berperang ke jalan Allah dianggap syahid disisinya.
-Malaysia tanah air kita,di sini kita membesarkan generasi dan syiar islam yang kita warisi dari asal usul islam kita sendiri.
-Jadi usahlah menggadaikan maruah negara ini dengan anasir jahat. Hayatilah semangat pahlawan terdahulu dan yang telah terkorban baru baru ini.
-Marilah bersatu padu merapatkan barisan agar keharmonian negara terjaga. Permusuhan sesama sediri akan melemahkan dan merugikan.
-Mimbar jumaat menyatakn kekesalan terhadap pencerobohan di Sabah dan kehilangan wira negara, dan mendoakan agar ops daulat diberikan jalan kemenangan.
Kesimpulannya, sesungguhnya kekuasaan dan pertolongan Allah itu sentiasa bersama kita.
*jika ada yang silap, sila betulkan, terima kasih :) ..
Wednesday, March 6, 2013
MALAS
UITM di Hatiku .. Hiks ..
pernah dengar sekali je lagu uitm masa pengenalan sem satu dulu .. blerghhhhhh
Hai, korang. Korang nak tahu tak aku masih belajar
sebenarnya. Umo dah masuk 23 tahun tapi terkedek-kedek nak abiskan diploma.
Jujur la, dulu aku belajar hanya lah untuk menaikkan jawatan aku dari kerani
sumber manusia ke jawatan yang lain. Tapi, takdir Allah siapa jangka, aku dapat
tawaran jawatan pembantu perpustakaan di bawah gomen. Sape tak nak, lagipun aku
tunggu hamper setahun sampai aku frust nama aku calon simpanan tuh hilang dalam
system. Tup tup tup dapat surat di mana
masa itu, aku memang nekad nak berhenti kerja kerani walaupun aku memang tak
dapat ape ape offer time tu. So, terus
hantar notis sebulan seminggu dan menunggu lapor diri. OK, aku dah gaya macam
nak buat pendahuluan karangan kan. Bhahahahhahahahah
Problem nya sekarang, aku berada di semester 7 (memang part
time student ade 7 semester) dan patut habes sem ni, bermakna hujung bulan
ini. Disebabkan aku terlampau rajin
mengulang paper (rajin pala otak) so memang aku akan melangkah masuk ke
semester 8. Final exam hujung bulan, ade
4 subjek yang aku belum confident nak hadap kecuali subjek computer.
Arrgghhhhhhhh
1. Minggu ini kelas macam biasa tiada test atau assignment
yang perlu dihantar.
2. Minggu depan akan ada test math (sabtu) dan law(khamis).
3. Minggu depan ada kursus induksi dekat negeri Sembilan (rabu hingga isnin).
4. Minggu depan kena hantar assignment law (group n individu), ekonomi (group n individu), computer (group) math (individual).
5. Minggu exam pada 30/31 Mac 2013, 2/4 Apr 2013
6. Dan masih belum mengambil test ekonomi sebab aku tak datang kelas dan mencari masa untuk mengambil test law dan math yang aku tak datang minggu depan.
2. Minggu depan akan ada test math (sabtu) dan law(khamis).
3. Minggu depan ada kursus induksi dekat negeri Sembilan (rabu hingga isnin).
4. Minggu depan kena hantar assignment law (group n individu), ekonomi (group n individu), computer (group) math (individual).
5. Minggu exam pada 30/31 Mac 2013, 2/4 Apr 2013
6. Dan masih belum mengambil test ekonomi sebab aku tak datang kelas dan mencari masa untuk mengambil test law dan math yang aku tak datang minggu depan.
Haaaa, kemalasan setan ini lah menyebabkan aku tak study dan
belum prepare ape ape untuk hadap final exam sem 7 nieyh. Ooo ko kalau karoks
ngan movie, mentang je rajin kan, hahaahaha , so macamane? … sendiri tanggung la kan (xde motip
pun nak highlight no tu semuaa ) hehe.
Tapi 23 haribulan ade family gathering dekat PD pulaks, dan minggu ni macam wajib menyopping je .. haahahahaha
Mcdonald's Old Town PJ tak macam dulu ..
Aku memang kaki mekdonald. Serius weh aku tak tipu, most of
the week memang akan beli set mekdi. Aku selalu terjah dekat area rumah aku,
Mcdonalds Old Town PJ. MCD sinilah yang paling best dan old skool bagi aku
sebab tiada sebab yang spesifik. Muahahaha, tapi itu dulu, kini kenangan hanya
tinggal kenangan. Keseronokan aku membeli set mekdi sama ada take away atau
dine in kat sini, semakin pudar dan terhiris-hiris. Over kejap gaya macam putus
kasih kan, hehehehe.
Aku perasan sejak menjak nieyh ke sejak dua tahun lepas,
servis dekat mekdi old town pj ni sangat tak welcoming customer eventhough staf
servis pada masa itu mencukupi. amek order nthen mesti tertinggal satu item,
kalau dine-in xpe, cuba fikir kalau yang take-away pastu da balik rumah sedar
sedar item pesanan tak cukup? tak ke korang memaki hamun, aku camtu jugak,
kekadang tuh gagah la jugak patah balik, tp dah selalu camtu, aku kurangkan
untuk ke mekdi situ. Iya, aku faham, salah sendiri tak check before blah dari
mekdi , tapi sebab aku jenis trust people, tu lah sebabnya.
Cerita sebenarnya, aku tak pernah lah kena situasi macam ni,
serius aku tak pernah berada dalam keadaan camni di mana mana fast food
restaurant yang lain. Cerita betul tau, kakak aku nak lunch mekdi on last
Sunday, so aku pun pergila around 2.00 pm for mcvalue lunch tapau. Memang ramai
dan beratur panjang sebab aku dapat order pun around 2.35 pm gitu. Dan memang
perasan, staf servis pada masa itu tak cukup, terang terang tak cukup. Tetiba, supervisor ni naik suara dan sebut THANK
YOU AND COME AGAIN dekat Chinese boy nieyh. terkejut aku weh, gilaaaaaaaaaaa,
mekdi tuh penuh dengan orang pastu leh lak ko as supervisor menjerit sesuka
hati ko jerk. Lepas tu, terus tak tentu
arah supervisor nieyh, muka dah memang bengang, amek order customer lain pun
agak biadap sebenarnya siap marah dan menekan suara dia.
Cian dekat Chinese boy tadi tuh, amek tray naik tingkat atas
dan semua pandang dia. Aku tak sure lah that boy buat apa, tapi memang tak
patut kalau ko bengang ngan budak tu sekalipun. Da sah sah ko kene jaga air
muka customer. Aku pun pernah kerja
sales assistant, pernah juga kena maki kat kaunter dengan customer, tapi aku
rileks je, time bulan puasa pulak tuh.
dan, kau memang kene pergi training customer services lah, face
expression takde, tone suara x mesra telinga, hurmm, if aku yang kena macam
itu, entahlah hahahaha dan aku berharap sangat that Chinese tuh buat report
untuk premis mekdi tuh.
And the boyish girl name FA***N , please berubah cara anda entertain
customer. Lagi satu yang aku dok pahe ni
kan, mekdi biasanya time brekfes tak ramai, sebab masing masing menunggu lunch
hour 12 – 3 pm tuh, kan kan kan, nak kata ko penat memang tak lah cik kak
oiiiii , nampak sangat nipunye, kalau boleh jangan lah amek delivery dari sini, aku pernah kena banyak kali, paling lama 2 jam, maybe xde rider kot (positif) bhahahahahahhahahahahahha ..
p/s : Mekdi paling best untuk aku sekarang MCD Subang Parade
lah kot ..
Monday, March 4, 2013
Racing Boy Sport Rim
serius, jangan tanya aku pasal kereta dengan moto, aku
sangat gagal dalam memahami model kereta/motor apatah lagi nak kenal segala komponen yang ada. Dulu pun sekolah
menengah aku langsung tak hirau subjek kemahiran hidup, aku buat dek je, time
exam pakai tick the best choice pada masa itu. hahaha, motip aku nak cerita
skola menengah , tetiba je kan.
sport rim aku da senget sebenarnya dah masuk setahun lebih
dah. Memula senget sebab jatuh moto pada malam raya 2011 time nak beli juadah
berbuka puasa, tayar belakang meletup dan terus efek keseluruhan moto. Dari tu
lah langsung tak tukar rim tuh sebab bagi aku elok lagi. Tahun ni je , moto aku
takleh naik dua orang, kene naik sorang jek, kalau naik berdua, serta merta
tayar belakang pancit.
mana tak nya, aku travel dulu ke kl, pastu ke shah alam
pastu baru balik pj lepas tu dapat kerja baru pun sama, travel ke sg buloh ke
shah alam dan pj balik. Jalan area sungai buloh korang jangan cakap lah, tengok
lambakan lori tak kira masa dah sah akan efek jalanraya. penuh lubang
berlopak-lopak, shah alam tu pun nak makin hancur dah aku tengok jalan kat
highway tuh. Hahaha.
So, minggu lepas CNY aku nak tukar rim lah. memang dah aim
dah racing boy punya brand but kene cari kedai yang berpatutan lah. ada satu
kedai ni offer RM250 kau, walaweh, rugi wooo, sebab kedai die more to jual
moto, bukan servis punya. So aku sanggup tunggu kedai satu lagi ni bukak,
kemain sakan korang beraya cina kan, seminggu korang zass bercuti. Xpe xpe aku
tak marah, aku bengang je. Huhu.
Cyclemate Motorsport Accesories, Petaling Jaya
kedai buka terus aku serbu …………………… Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa
pening aku nak pilih model, padahal sama je pun, aku pun
malas nak amek pusing , terus tibai yang ni .. hehe
aku bila sampai kedai ni, aku teruja satu menda je, ni ha,
teruja, aku pun tak tahu kenapa, macam tak pernah tengok mesin ni, hahahahahaa
..
Kira berbaloi lah kedai moto sini, ye lah dari aku bayar rim
rm250 tuh dapatlah aku rm220 je, nthen tukar bearing rm12 seketul da berapa
dah, jimat duit kat situ .. so lepas ni dapatlah aku merempit dengan laju
dengan pembonceng duduk di belakang, poyo gila, padahal bawak moto slow motion
jerk. ok, dari aku melalut , bek aku
stop menaip .. kikikikikikikiki ..
bajet artis tutup no plat takut ade org ikut .. hahahaha
p/s : nanti nak hadpet berkelah dekat Kemensah Waterfall
huhu
Wednesday, February 27, 2013
Rebus-Rebus Steamboat & Grill, Shah Alam
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia , sari berita penting, penting la sangat kan, korang aku nak up story makan-makan. Hiks, seronok tak terkata, sedaaaaaaaaap pun tak terkata , padahal sedap makanan tuh biasa saja, aku saja nak excited, ye lah, aku da lama mengidam benda ni, boleh je kot aku rasa teruja secara berlebihan muahahhahaah .. ok. Stop.
Ceritanya begini, birthday anak buah aku Isnin minggu lepas,
so aku call, wish birthday kat si Qulan pastu tanya “mama belanja ape?” makan
tomyam je tadi kat kedai, Qulan jawab, Hahahaha, dah ku agak dah paling paling
tomyam la dorang makan. So sempat lah si Qulan bisik kat fon, pak chu , mama
nak bawa pergi makan steamboat hari sabtu ni. Perghhh, steamboat weh, mana aku
boleh lepas camtu je, xpatut xpatut. Tanpa segan silu, aku meng’offer’kan diri
nak join dorang makan .. Usah banyak
cerita, sila layan gambar yang ditangkap dari henpon kamera yang tak seberapa
ni :).
nama restoran Rebus-Rebus Steamboat & Grill
ruang dalam kedai, ade dua bahagian, sama besar
of course lah ada seafood, ada udang dan sotong dengan kunyit, but aku prefer udang sotong yang xde perasa apa apa, aku siap kopek kulit udang, nak kasi grill, mengancam sungguh ..
sesiapa peminat daging, ada juga disediakan, di sebelah seafood je pun, daging ada banyak jenis perapan, blackpepper, teriyaki, err , err aku ingat yang tuh je, sorry yang pasti daging perap sambal takde disediakan ye ..haha


item paling penting dalam steamboat ni of course lah fishball dan sebagainya, banyak pilihan macam biasa lah, makan sampai perut kembung, hehehe ..

ada juga bahagian sayur, telur ayam, telur puyuh, mee kering dan lain lain lagi, di bahagian sebelah nya, ada juga makanan bergoreng, macam nasi goreng, mee goreng (yang bergoreng tu bergantung pada masa korang datang lah kedai ni nak goreng ape) :)

ada 4 jenis pilihan sambal/cili kat sini, aku tak ingat rasa apa, sebab aku kepanasan menyemboat .. hehe

bahagian untuk air, masa aku datang, disediakan air bandung, laici dan rutbir, ada juga teh dan kopi, dan air suam.

yang penting, mesti lah ada ice cream, jangan risau once bekas ice cream ni habis, dey all akan topup semula dengan perisa yang available lah, ada chocolate, strawberry, choc mint, jagung, rasberry(aku bg nama perisa sesuka hati je, tgk warna) haha, siap boleh letak sendiri kacang hancur dan choc rice.
sebagai contoh bila kamu semua bersedang bersteamboat dan bergrill .. Taddaaaa ..

Waktu Operasi : 6 pm sehingga 12 am, tutup pada Isnin ..

untuk keterangan lanjut, korang follow twitter dan like fb mereka :)
Restoran ini bertempat di :
D-5G, Jalan Serai Wangi H16/H
Alam Avenue, Seksyen 16,
40200 Shah Alam
Selangor
(dekat dengan JPJ Shah Alam)
012-9404597 / 012-2197349
Maaf tau aku snap semua pic time kedai nak tutup, environment pun ok, kawasan baru, tapi sebelum datang , buat la reservation dua tiga hari sebelum, nanti korang kehampaan melampau pulak, aku tak bertanggungjawab ye, ohhn no time limit, datang kul enam nak balik kul 12 tgh malam pun dorang kasi. Selamat mencuba .
P/S : aku rindukan restoran nelayan titiwangsa yang dahulu, lengkap dan sangat best.
Update : aku tak tau pic semua senget benget, sila maafkan aku tau, aku da edit nanti la aku edit balik, tq
Monday, February 18, 2013
Tak Sihat
Hai, semua, nak taip taip kejap, aku masih tak sihat.
Entahla , nak kata dah kurang makan xde la sangat, tapi kurang bergerak tu ye
sebab aku da masuk 8 bulan keje baru dan tak memerlukan banyak pergerakan kaki,
hanya tangan kene kuat, ye la keje dengan buku, mane boleh aktif sangat (konon)
haha, kalau dulu aku mengaku, masuk je keje pukul 9 dah itu ini itu ini, keje
sumber manusia, taraf kerani, memang tak boleh duduk diam, 24 hours kene
bergerak je.
Di tempat baru ni jugak, memasuki lapan bulan bekerja, aku
da 6 hari cuti sakit, xleh nak jadi pekerja cemerlang aku ni, mc melampau. Aku
pun tak tau nak cakap macamane, sebab kerja tak berat tapi efeknya sakit bukan
main, selalu jugak la aku kene sengal tulang, pening kepala, batuk, selsema,
dan sekarang ni, masa ini berlarutan pulak, pening kepala, batuk, selsema. Aku
ni pun satu g bantai makan daging kambing time kenduri kahwin sabtu lepas, ke
rindu nak masuk wad kecemasan. Hehe.
Aku actually fobia dengan hospital. Last year kene amek
darah sebab protein dalam air kencing banyak, so takut ade buah pinggang, doc
kene amek darah tiga tiub kecil, masalahnya masa itu, botol pertama penuh tu
pun amek masa yang lama, botol kedua tak sampai suku pun, last last kene amek
ubat lepas 2 jam datang balik. 2 jam lepas tu, agak menghampakan darah dapat
setengah tak setengah botol camtu. Appointment punye appointment , terus doctor
kata xde ape ape, Alhamdullilah. Nak dijadikan cerita, bulan satu yg lepas aku
keracunan makanan. Aku pergi la check dekat Klinik Kesihatan Taman Medan, MA
tuh dengan senang hati suh aku amek darah, check air kencing, dapat results,
die bg drip satu bag air, sumpah lenguh sangat time tu, lebih kurang 1 jam
setengah. Kembali check dengan MA, die still xpuas hati , sesenang jiwa raga
die jer hantar aku ke PPUM wad kecemasan. Padahal perut pun die tak pegang, kembung ke ape ke. Perit sungguh pengalaman macam tu,
badan makin panas, jantung degup laju sampaikan staff PPUM terkejut dan gabra,
dorg kata jantung aku macam nak meletop, tp syukur manual check nadi tekanan
nadi jadi normal. Berkampung aku 5 jam dalam wad kecemasan dan aku puji akan
perkhidmatan staff pada masa itu, sangat bagus dan walaupun penat, dorg still
mampu tersenyum dan ambil tahu tentang patient yang sedang menunggu untuk masuk
wad.
Persoalannya sekarang, aku sakit ape? Ak bercadang lepas
seminggu nanti baru aku pergi ke klinik swasta untuk medical check up yang
bebtol punye. Dan aku masih tak sihat tetapi masih mampu (konon) untuk buat
kerja (konon lagi). Ok, itu saja :p oh dan mungkin, sakit yang dialami untuk mengenang dosa dosa yang telah dibuat pada waktu kita melupakan Sang Pencipta .
Thursday, January 24, 2013
Aida @ Manje & Zaire Wedding @ Bora Ombak, Ampang
Pak pak kebom kebom kebom kepak kepak kepak kepak, eh, haha, teruja sungguh sebenarnya, memang dah tau dah kazen nak
kawin, but xtau bile, sampailah Fauzi and maknye datang menjemput kat rumah
last 3 weeks. Time dorang datang, aku
baru nak mandi bagai, ye la hari cuti pulak, nthen dorg balik terus aku tengok
kad, banyak la soklan kat mak aku tuh sampai la aku buka . and so OMG !! dekat
Bora Ombak uoollsss .. setau aku BO tuh taraf artis selebriti je yang mampu
kate kauuuu ..
Ala, hilang plak kad jemputan nya , but sweet tau kadnya, se sweet nya pasangan hehe
Putih, tema pakaian adalah warna putih, dah aku, mak dan
kakak aku yang sorang tuh mencari baju putih, sanggup beli yang baru, kazen
woii, sekali je kot kahwin nya, xde masalah di situ J. Baju mak aku settle dah, cuma
baju aku dengan kakak aku takde. Ahad lepas
lunch, so kitorg pergi Wangsa Walk, hari tu wedding hari tu jugak mencari.
Kakak aku senang baju da dapat dekat butik Bhaju, around rm70 jugak. bercakap pasal pakaian, aku memang susah nak
cari yang fit badan, ye lah badan aku pun x semegah mane, spare tyre over the
body, hehe, cari dalam F.O.S , design da cun, size pulak tak ngam, kemurungan
dekat situ terus kitorang rushing ke Sunway Pyramid, masuk je parking terus dah
ade petak kosong. terus zass ke Kitschen , nasib baik ade sale, terus sebat
kemeja putih dan zasssssssss pulang bersiap untuk ke Bora Ombak malamnya ..
Di
pintu masuk Bora Ombak, gambar pre wedding mereka, so gorgeous and sweet
alolololololololololo
Masuk ke dalam, ya ampunnnn, aku teruja
sekejap, pelamin tersergam indah, tetamu datang pun semua ikut tema belaka,
garden wedding camtu, ohh sampai sekarang aku masih merasa keterujaan nya. oh, kami datang lambat, bebetul time
pengantin menuju ke pelamin :) . siap lagu favourite aku berkumandang “ A
thousand Years” pastu feeling lelebih kann .. Haha .. All the picxa snap guna
kamera handphone je, handphone tak canggih mana but boleh laaa, nampak tak
nampak camtu .. Jom tengok pic J
Pelamin nikah but aku snap pun malam, lampu
semua da cabut, nikah selepas zohor hari yang sama
Pengantin sedang memberi sepatah dua kata,
sang suami cara cakap sangat caring, sepanjang malam tuh, beliau sangat la
menjaga si isterinya. isteri sendiri sape tak sayang (eh over laks)
Makan Beradap
Hidangan untuk tetamu
Sagu Gula Melaka, lemak lemak manis je J
Manisan ni sangat sedap ya ampunn, Kazen
aku yang buat, cupcakes yang sangat sedap, marshmellow, love letter and of
course chocolate.. hikss .
Lain dari yang lain, door gift for tetamu,
tempat letak kunci, it so cute J ..
Alkisah kakak aku tak nak ikut, last minute
nak ikut, kalau tidak memang bff aku jadi driver la, sebab aku takleh drive,
xkan orang da di ajak, kita nak cancel kan, x baek, so aku bawak sekali ..
dibawah mestila gambar we olls yang teover J
hehehehe ..
Dan wedding reception itu merupakan kali
pertama bagi aku yang dikira sebagai grand J super
gorgeous and environment yang sangat selesa. Yaa aku memang mengimpikan
perkahwinan seperti itu but apakan daya AKU TAK NAK KAWIN .. bhahahaha .. Kbai
.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















