Friday, March 8, 2013

Info Sihat

Aku tengah mengemas barang pameran dalam stor, banyak sangat keratan akhbar, poster poster untuk dipamerkan,memacam penyakit dan cara mengubat ada .. Hahaha .. mintak mintak kita semua sihat walafiat la ye. Kang korang curious pulak kan, aku keje kat kolej kesihatan, memang patut la jumpe semua info camni .. 



 


Amacam, simple je pon poster nya .. pix aku memang tak boleh blah, kamera henpon x cun mana.. Korang weekend jangan nak tension bagai ok

Bye 


Khutbah Jumaat 08/03/2013 : Tanggungjawab Mempertahankan Negara


-Berdasarkan dalil yang jelas di dalam al-quran dan hadis, mempertahankan negara adalah fardu bagi umat islam.

-Yakinlah bahawa perjuangan yang dialkukan itu sebahagian dari ibadah dan satu jihad ke jalan Allah.

-Semua umat dan individu haruslah bersatu dan wajib menolak apa apa yang akan
menghancurkan negara.

-Islam mengharuskan umatnya menjadi kan peperangan sebagai salah satu cara dalam
menjaga maruah dan agama.

-Mereka yang berperang ke jalan Allah dianggap syahid disisinya.

-Malaysia tanah air kita,di sini kita membesarkan generasi dan syiar islam yang kita warisi dari asal usul islam kita sendiri.

-Jadi usahlah menggadaikan maruah negara ini dengan anasir jahat.  Hayatilah semangat pahlawan terdahulu dan yang telah terkorban baru baru ini.

-Marilah bersatu padu merapatkan barisan agar keharmonian negara terjaga. Permusuhan sesama sediri akan melemahkan dan merugikan.

-Mimbar jumaat menyatakn kekesalan terhadap pencerobohan di Sabah dan kehilangan wira negara, dan mendoakan agar ops daulat diberikan jalan kemenangan.

Kesimpulannya, sesungguhnya kekuasaan dan pertolongan Allah itu sentiasa bersama kita.

*jika ada yang silap, sila betulkan, terima kasih :) ..

Wednesday, March 6, 2013

MALAS


UITM di Hatiku .. Hiks ..
pernah dengar sekali je lagu uitm masa pengenalan sem satu dulu .. blerghhhhhh

Hai, korang. Korang nak tahu tak aku masih belajar sebenarnya. Umo dah masuk 23 tahun tapi terkedek-kedek nak abiskan diploma. Jujur la, dulu aku belajar hanya lah untuk menaikkan jawatan aku dari kerani sumber manusia ke jawatan yang lain. Tapi, takdir Allah siapa jangka, aku dapat tawaran jawatan pembantu perpustakaan di bawah gomen. Sape tak nak, lagipun aku tunggu hamper setahun sampai aku frust nama aku calon simpanan tuh hilang dalam system.  Tup tup tup dapat surat di mana masa itu, aku memang nekad nak berhenti kerja kerani walaupun aku memang tak dapat ape ape offer time tu.  So, terus hantar notis sebulan seminggu dan menunggu lapor diri. OK, aku dah gaya macam nak buat pendahuluan karangan kan. Bhahahahhahahahah

Problem nya sekarang, aku berada di semester 7 (memang part time student ade 7 semester) dan patut habes sem ni, bermakna hujung bulan ini.  Disebabkan aku terlampau rajin mengulang paper (rajin pala otak) so memang aku akan melangkah masuk ke semester 8.  Final exam hujung bulan, ade 4 subjek yang aku belum confident nak hadap kecuali subjek computer. Arrgghhhhhhhh

1. Minggu ini kelas macam biasa tiada test atau assignment yang perlu dihantar.

2. Minggu depan akan ada test math (sabtu) dan law(khamis).

3. Minggu depan ada kursus induksi dekat negeri Sembilan (rabu hingga isnin).

4. Minggu depan kena hantar assignment law (group n individu), ekonomi (group n individu), computer    (group) math (individual).

5. Minggu exam pada 30/31 Mac 2013, 2/4 Apr 2013

6. Dan masih belum mengambil test ekonomi sebab aku tak datang kelas dan mencari masa untuk mengambil test law dan math yang aku tak datang minggu depan.

Haaaa, kemalasan setan ini lah menyebabkan aku tak study dan belum prepare ape ape untuk hadap final exam sem 7 nieyh. Ooo ko kalau karoks ngan movie, mentang je rajin kan, hahaahaha , so macamane? …  sendiri tanggung la kan (xde motip pun nak highlight no tu semuaa ) hehe.

Tapi 23 haribulan ade family gathering dekat PD pulaks, dan minggu ni macam wajib menyopping je .. haahahahaha

Mcdonald's Old Town PJ tak macam dulu ..


Aku memang kaki mekdonald. Serius weh aku tak tipu, most of the week memang akan beli set mekdi. Aku selalu terjah dekat area rumah aku, Mcdonalds Old Town PJ. MCD sinilah yang paling best dan old skool bagi aku sebab tiada sebab yang spesifik. Muahahaha, tapi itu dulu, kini kenangan hanya tinggal kenangan. Keseronokan aku membeli set mekdi sama ada take away atau dine in kat sini, semakin pudar dan terhiris-hiris. Over kejap gaya macam putus kasih kan, hehehehe. 

Aku perasan sejak menjak nieyh ke sejak dua tahun lepas, servis dekat mekdi old town pj ni sangat tak welcoming customer eventhough staf servis pada masa itu mencukupi. amek order nthen mesti tertinggal satu item, kalau dine-in xpe, cuba fikir kalau yang take-away pastu da balik rumah sedar sedar item pesanan tak cukup? tak ke korang memaki hamun, aku camtu jugak, kekadang tuh gagah la jugak patah balik, tp dah selalu camtu, aku kurangkan untuk ke mekdi situ. Iya, aku faham, salah sendiri tak check before blah dari mekdi , tapi sebab aku jenis trust people, tu lah sebabnya.

Cerita sebenarnya, aku tak pernah lah kena situasi macam ni, serius aku tak pernah berada dalam keadaan camni di mana mana fast food restaurant yang lain. Cerita betul tau, kakak aku nak lunch mekdi on last Sunday, so aku pun pergila around 2.00 pm for mcvalue lunch tapau. Memang ramai dan beratur panjang sebab aku dapat order pun around 2.35 pm gitu. Dan memang perasan, staf servis pada masa itu tak cukup, terang terang tak cukup.  Tetiba, supervisor ni naik suara dan sebut THANK YOU AND COME AGAIN dekat Chinese boy nieyh. terkejut aku weh, gilaaaaaaaaaaa, mekdi tuh penuh dengan orang pastu leh lak ko as supervisor menjerit sesuka hati ko jerk.  Lepas tu, terus tak tentu arah supervisor nieyh, muka dah memang bengang, amek order customer lain pun agak biadap sebenarnya siap marah dan menekan suara dia. 

Cian dekat Chinese boy tadi tuh, amek tray naik tingkat atas dan semua pandang dia. Aku tak sure lah that boy buat apa, tapi memang tak patut kalau ko bengang ngan budak tu sekalipun. Da sah sah ko kene jaga air muka customer.  Aku pun pernah kerja sales assistant, pernah juga kena maki kat kaunter dengan customer, tapi aku rileks je, time bulan puasa pulak tuh.  dan, kau memang kene pergi training customer services lah, face expression takde, tone suara x mesra telinga, hurmm, if aku yang kena macam itu, entahlah hahahaha dan aku berharap sangat that Chinese tuh buat report untuk premis mekdi tuh.

And the boyish girl name FA***N , please berubah cara anda entertain customer.  Lagi satu yang aku dok pahe ni kan, mekdi biasanya time brekfes tak ramai, sebab masing masing menunggu lunch hour 12 – 3 pm tuh, kan kan kan, nak kata ko penat memang tak lah cik kak oiiiii , nampak sangat nipunye, kalau boleh jangan lah amek delivery dari sini, aku pernah kena banyak kali, paling lama 2 jam, maybe xde rider kot (positif) bhahahahahahhahahahahahha ..  

p/s : Mekdi paling best untuk aku sekarang MCD Subang Parade lah kot .. 



Monday, March 4, 2013

Racing Boy Sport Rim


serius, jangan tanya aku pasal kereta dengan moto, aku sangat gagal dalam memahami model kereta/motor apatah lagi nak kenal  segala komponen yang ada. Dulu pun sekolah menengah aku langsung tak hirau subjek kemahiran hidup, aku buat dek je, time exam pakai tick the best choice pada masa itu. hahaha, motip aku nak cerita skola menengah , tetiba je kan.

sport rim aku da senget sebenarnya dah masuk setahun lebih dah. Memula senget sebab jatuh moto pada malam raya 2011 time nak beli juadah berbuka puasa, tayar belakang meletup dan terus efek keseluruhan moto. Dari tu lah langsung tak tukar rim tuh sebab bagi aku elok lagi. Tahun ni je , moto aku takleh naik dua orang, kene naik sorang jek, kalau naik berdua, serta merta tayar belakang pancit.

mana tak nya, aku travel dulu ke kl, pastu ke shah alam pastu baru balik pj lepas tu dapat kerja baru pun sama, travel ke sg buloh ke shah alam dan pj balik. Jalan area sungai buloh korang jangan cakap lah, tengok lambakan lori tak kira masa dah sah akan efek jalanraya. penuh lubang berlopak-lopak, shah alam tu pun nak makin hancur dah aku tengok jalan kat highway tuh. Hahaha.

So, minggu lepas CNY aku nak tukar rim lah. memang dah aim dah racing boy punya brand but kene cari kedai yang berpatutan lah. ada satu kedai ni offer RM250 kau, walaweh, rugi wooo, sebab kedai die more to jual moto, bukan servis punya. So aku sanggup tunggu kedai satu lagi ni bukak, kemain sakan korang beraya cina kan, seminggu korang zass bercuti. Xpe xpe aku tak marah, aku bengang je. Huhu.

Cyclemate Motorsport Accesories, Petaling Jaya

kedai buka terus aku serbu …………………… Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa



pening aku nak pilih model, padahal sama je pun, aku pun malas nak amek pusing , terus tibai yang ni .. hehe
aku bila sampai kedai ni, aku teruja satu menda je, ni ha, teruja, aku pun tak tahu kenapa, macam tak pernah tengok mesin ni, hahahahahaa ..


Kira berbaloi lah kedai moto sini, ye lah dari aku bayar rim rm250 tuh dapatlah aku rm220 je, nthen tukar bearing rm12 seketul da berapa dah, jimat duit kat situ .. so lepas ni dapatlah aku merempit dengan laju dengan pembonceng duduk di belakang, poyo gila, padahal bawak moto slow motion jerk.  ok, dari aku melalut , bek aku stop menaip .. kikikikikikikiki ..


bajet artis tutup no plat takut ade org ikut .. hahahaha 


p/s : nanti nak hadpet berkelah dekat Kemensah Waterfall huhu

Wednesday, February 27, 2013

Rebus-Rebus Steamboat & Grill, Shah Alam


Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia , sari berita penting, penting la sangat kan, korang aku nak up story makan-makan. Hiks, seronok tak terkata, sedaaaaaaaaap pun tak terkata , padahal sedap makanan tuh biasa saja, aku saja nak excited, ye lah, aku da lama mengidam benda ni, boleh je kot aku rasa teruja secara berlebihan muahahhahaah .. ok. Stop.

Ceritanya begini, birthday anak buah aku Isnin minggu lepas, so aku call, wish birthday kat si Qulan pastu tanya “mama belanja ape?” makan tomyam je tadi kat kedai, Qulan jawab, Hahahaha, dah ku agak dah paling paling tomyam la dorang makan. So sempat lah si Qulan bisik kat fon, pak chu , mama nak bawa pergi makan steamboat hari sabtu ni. Perghhh, steamboat weh, mana aku boleh lepas camtu je, xpatut xpatut. Tanpa segan silu, aku meng’offer’kan diri nak join dorang makan  .. Usah banyak cerita, sila layan gambar yang ditangkap dari henpon kamera yang tak seberapa ni :).

        nama restoran Rebus-Rebus Steamboat & Grill 



       ruang dalam kedai, ade dua bahagian, sama besar
  
       

of course lah ada seafood, ada udang dan sotong dengan kunyit, but aku prefer udang sotong yang xde perasa apa apa, aku siap kopek kulit udang, nak kasi grill, mengancam sungguh ..

      

sesiapa peminat daging, ada juga disediakan, di sebelah seafood je pun, daging ada banyak jenis perapan, blackpepper, teriyaki, err , err aku ingat yang tuh je, sorry yang pasti daging perap sambal takde disediakan ye ..haha

                                    

                            

item paling penting dalam steamboat ni of course lah fishball dan sebagainya, banyak pilihan macam biasa lah, makan sampai perut kembung, hehehe ..

                                    

ada juga bahagian sayur, telur ayam, telur puyuh, mee kering dan lain lain lagi, di bahagian sebelah nya, ada juga makanan bergoreng, macam nasi goreng, mee goreng (yang bergoreng tu bergantung pada masa korang datang lah kedai ni nak goreng ape) :)

                                   

ada 4 jenis pilihan sambal/cili kat sini, aku tak ingat rasa apa, sebab aku kepanasan menyemboat .. hehe

                                  

bahagian untuk air, masa aku datang, disediakan air bandung, laici dan rutbir, ada juga teh dan kopi, dan air suam.

                                 


yang penting, mesti lah ada ice cream, jangan risau once bekas ice cream ni habis, dey all akan topup semula dengan perisa yang available lah, ada chocolate, strawberry, choc mint, jagung, rasberry(aku bg nama perisa sesuka hati je, tgk warna) haha, siap boleh letak sendiri kacang hancur dan choc rice.

sebagai contoh bila kamu semua bersedang bersteamboat dan bergrill .. Taddaaaa ..

                                 
ape berapa ringgit sekepala ? meh aku nak habaq mai ni


Dewasa : RM27.90 nett , Kanak2 (6-12 thn) : RM13.90 nett, Warga Emas (55 tahun ke atas) : RM20.90 dan kanak kanak di bawah umur 5 tahun ke bawah percuma :)

Waktu Operasi : 6 pm sehingga 12 am, tutup pada Isnin ..

                                               

untuk keterangan lanjut, korang follow twitter dan like fb mereka :) 
Restoran ini bertempat di :
D-5G, Jalan Serai Wangi H16/H
Alam Avenue, Seksyen 16,
40200 Shah Alam
Selangor
(dekat dengan JPJ Shah Alam)
012-9404597 / 012-2197349

Maaf tau aku snap semua pic time kedai nak tutup, environment pun ok, kawasan baru, tapi sebelum datang , buat la reservation dua tiga hari sebelum, nanti korang kehampaan melampau pulak, aku tak bertanggungjawab ye, ohhn no time limit, datang kul enam nak balik kul 12 tgh malam pun dorang kasi. Selamat mencuba .

P/S : aku rindukan restoran nelayan titiwangsa yang dahulu, lengkap dan sangat best.
Update : aku tak tau pic semua senget benget, sila maafkan aku tau, aku da edit nanti la aku edit balik, tq

Monday, February 18, 2013

Tak Sihat


Hai, semua, nak taip taip kejap, aku masih tak sihat. Entahla , nak kata dah kurang makan xde la sangat, tapi kurang bergerak tu ye sebab aku da masuk 8 bulan keje baru dan tak memerlukan banyak pergerakan kaki, hanya tangan kene kuat, ye la keje dengan buku, mane boleh aktif sangat (konon) haha, kalau dulu aku mengaku, masuk je keje pukul 9 dah itu ini itu ini, keje sumber manusia, taraf kerani, memang tak boleh duduk diam, 24 hours kene bergerak je.

Di tempat baru ni jugak, memasuki lapan bulan bekerja, aku da 6 hari cuti sakit, xleh nak jadi pekerja cemerlang aku ni, mc melampau. Aku pun tak tau nak cakap macamane, sebab kerja tak berat tapi efeknya sakit bukan main, selalu jugak la aku kene sengal tulang, pening kepala, batuk, selsema, dan sekarang ni, masa ini berlarutan pulak, pening kepala, batuk, selsema. Aku ni pun satu g bantai makan daging kambing time kenduri kahwin sabtu lepas, ke rindu nak masuk wad kecemasan. Hehe.

Aku actually fobia dengan hospital. Last year kene amek darah sebab protein dalam air kencing banyak, so takut ade buah pinggang, doc kene amek darah tiga tiub kecil, masalahnya masa itu, botol pertama penuh tu pun amek masa yang lama, botol kedua tak sampai suku pun, last last kene amek ubat lepas 2 jam datang balik. 2 jam lepas tu, agak menghampakan darah dapat setengah tak setengah botol camtu. Appointment punye appointment , terus doctor kata xde ape ape, Alhamdullilah. Nak dijadikan cerita, bulan satu yg lepas aku keracunan makanan. Aku pergi la check dekat Klinik Kesihatan Taman Medan, MA tuh dengan senang hati suh aku amek darah, check air kencing, dapat results, die bg drip satu bag air, sumpah lenguh sangat time tu, lebih kurang 1 jam setengah. Kembali check dengan MA, die still xpuas hati , sesenang jiwa raga die jer hantar aku ke PPUM wad kecemasan. Padahal perut pun die tak pegang, kembung ke ape ke. Perit sungguh pengalaman macam tu, badan makin panas, jantung degup laju sampaikan staff PPUM terkejut dan gabra, dorg kata jantung aku macam nak meletop, tp syukur manual check nadi tekanan nadi jadi normal. Berkampung aku 5 jam dalam wad kecemasan dan aku puji akan perkhidmatan staff pada masa itu, sangat bagus dan walaupun penat, dorg still mampu tersenyum dan ambil tahu tentang patient yang sedang menunggu untuk masuk wad.

Persoalannya sekarang, aku sakit ape? Ak bercadang lepas seminggu nanti baru aku pergi ke klinik swasta untuk medical check up yang bebtol punye. Dan aku masih tak sihat tetapi masih mampu (konon) untuk buat kerja (konon lagi). Ok, itu saja :p  oh dan mungkin, sakit yang dialami untuk mengenang dosa dosa yang telah dibuat pada waktu kita melupakan Sang Pencipta .