Wednesday, September 24, 2014

Kulcats Barrio , Taman Tun Dr Ismail

Salam #foodporn korang .. iya iya faham, kalau boleh aku nak buat entri makanan jer, haha, dan aku tak reti masak kalau korang nak tau. Masak maggi mesti kuah kering walaupun dah letak banyak air, masak nugget etc pun mesti hangus. Memang dasar tangan kayu. Hehe. Nanti aku up resipi la pula ye, yang senang senang di goreng di masak ler .. (tapi xde yang tanya aku kan? Tetibe menjawab) hahaha



Restoran Kulcats Barrio
No 35 Jalan Rahim Kajai 13
60000 Taman Tun Dr Ismail
Kuala Lumpur
037733 3420
Insta @kulcats

Dan akhirnya aku pergi ke KULCATS BARRIO, TTDI.. ala kalau ada insta, mesti tau punya lah café ni serve apa. Of course ler, western food. Kalau di tengok review dekat insta dan blog, semua komen yang merangsangkan deria rasa iols, tambah tambah pulak ada filter kat apps sekarang ni semua nampak sedap. Bwahahahahahahahaha ..

Mari kita lihat lidah aku rasa ape pulak ye !!!! Jeng Jeng Jeng Jenggggggggggggggggggggggggggg



SNACKS


Chip & Dale
Potatoes fries topped with chilli con carne & cheese sauce
RM15

Plating menarik kan, dalam ala ala baldi kecik hahaha sedap weh, sosnya rasa sos coney dog A&W , sila makan masa panas panas ye uolls .. Peratus recommended 70% 


Kul Nachos
Tortilla chips, chili con carne, cheese sauce, pickled jalapenos, lettuce and tomato salsa

Sos nya sama dengan sos chip & dale sebab dorang gunakan benda yang sama pun chili con carne jugak. Rasanya? Ermmm ermmm ntah la (adil tak) haha .. Peratus recommended 40% .. tak yah order pun tak pe kot .. eh hahahahah 

MAIN


Kulcats Lamb Chop
Barrio’s marinated lamb shoulder, sweet rosemary & balsamic glazed, salad and mashed potato.
RM29

Kakak aku kata kena dengan tekak dia, aku kata lamb tu kering tak juicy, tak spot on (ayat Masterchef Kanada hahaha)  actually, kurang sikit perasa lah kiranya, pastu kakak aku kata makanan semua ni ada gred nya sendiri. Macam hotel, restaurant mewah, gerai and ect ect ect .. Peratus recommended 60%


Aglio Olio Breadcrumbs
Spaghetti, garlic, chili flakes, beef bacon, cherry tomato, fresh basil, herbs and breadcrumbs
RM17
Peratus recommended 50%

Ini kelakar. Makanan sampai meja, aku dengan seeksaited nya pun ngap, first suapan tu aku memang rasa masin gila. So aku ingatkan beef bacon tu yang masin. Aku ngap lagi dua kali, tekak dah tak leh terima dah, memang masin tahap menara KLCC. Aku siap suruh kakak aku rasa, dia pun cakap benda yang sama. Memang tak boleh pergi masin tu, aku suh kakak aku cakap kat staf situ.

 Aku : Olio ni masin sangat, ke memang rasa dia macam tu kat sini? 
          Saya tak boleh makan, panas lidah.
Staff : ye ke, nanti saya tanya kitchen, sekejap eh
Aku :  eh tak pun, awak rasa lah dulu, xpe rasa je

Hahaha, terus dia bawa pinggan aku pergi kitchen, chef merasa, another staff pun merasa, so then dia datang balik, staf tu kata akan di buat yang baru. Tapi kan masa tu, lidah kau memang tak boleh nak rasa ape dah, memang rasa masin je, sangat kuat. Dan kakak aku cakap, selalunya lah bila kita hantar balik pinggan and complaint, mesti dorg marah dan tak puas hati dan mesti kita fikir dorang akan letakkan something dalam 2nd round food tu kan kan kan. Aku ok jer persepsi macam tu, asal aku makan tak de rasa jumpa pepelik , ok la tu. Hehe. 

DESSERT


American Pecan Tart
RM10

100% recommended. Nasib baik ada penyelamat mood malam tu, hahaha. Memang sedap jarang kot dessert tak sedap woii. Kalau boleh nak rasa semua jer dessert yang ada. Tapi macam melampau la pulak ko melantak ke hape kat café orang tu.

Kulcats ade satu lagi kedai sebaris dengan yang barrio ni, Kulcats Pastel. Kat situ semua desserts, cakes, pastries, and you name it.

Secara konklusinya, aku datang next time makan dessert la ye. Hahaha. Kami order plain water je, sebab nak elakkan jadi muak dan cepat kenyang. Gitu. Aku tak order sekaligus ye, order satu, habis satu, baru order lagi. Ramai pun orang nya datang malam ahad tu. Time nak bayar, staf tanya ok ke tak, aku tak memang tak boleh jawab. Jawaban semua yang kat atas ni. Haha

Nak feeling urban and nak jadi Abil wannabe, sila datang ok. Haha.


Bye

Monday, September 22, 2014

Restoran Tirai Ratus, Seksyen 3, Shah Alam

Hari isnin korang, tak payah Monday blues sangat lah, dah tetiap tahun, tetiap bulan, tetiap minggu nak blues jadahnya. Hahaha. Ok, aku sebenarnya tengah dalam cubaan nak update entri tiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Kita pelan pelan kayuh ye. Kalau ada masa dan ada bahan aku up.

Jadi, topik utama hari ni macam biasalah hashtag #foodporn .. Muehehehehehe, dan aku nak up pasal Restoran Tirai Ratus, Seksyen 3, Shah Alam. Aku dan bff Fuza selalu jugak la ke sini, tapi recently dah keluar jalan jalan cari makan tv3 wei, 2 bulan lepas kot. Kali ni pergi ngan my mom and my sis.  Dan menu diorang pun boleh tahan juga.

Lets ……………………………………………………………..



Kat sini memacam ada, standard restoran makan lah, cuma rasa je yang berbeza dan yang penting sini ada Murtabak Singapore. Bercakap pasal murtabak Singapore, paling sedap aku pernah makan adalah dekat Bazar Ramadan Keramat KL, tapi sekarang dah takde dah. Long time ago lah kiranya, dulu , abah aku sanggup redah jem semata nak beli murtabak tu dekat situ. Hahaha.




Murtabak Singapore
Ada 2 layer , 3 layer, yang ni aku order 2 layer, bagi aku just nice, makan panas panas, memang superb lah, doh nipis, daging pun juicy and lembab, memang recommended and kena rasa.
RM12


Nasi Ayam Balado
Nasi ayam dan ayam tu diletakkan sambal, sambal tu sedap dan memang sedap (tak tau nak taip ape lagi) Hehehehehehe .. Nasi ayam ni ada dua jenis, satu lagi ayam panggang 
(dalam menu kalau ada dua hearts yang bermaksud dorang memang recommend for that food lah)


Nasi Beriani Kambing
My sis yang order, kau dah petang pun nak melantak beriani kan. Gggrrr. Kakak aku cakap , rasa kurang sikit. Maybe nasi tu kot. Beriani kan ada banyak jenis masakan. 
So yang ini, aku rasa not bad lah, just yang kuah daging kambing tu macam muak sikit, mungkin boleh  mintak jangan letak banyak kuah daging tu la kot. 
Kot lah, tapi aku makan ok jer, kena dengan lidah tekak den ni haaa.




Bubur Nasi Set

Setau iolls, dulu tak de tau, baru lagi la kot. Yang sampingan tu dah ok, just bubur nasi tu terlebih air, so makan macam sup dah jadinya, tak rasa nasi, hahaha. Tapi aku ok je pun. Hahaha ..


Deko dalam Tirai Ratus .. Aku pergi around pukul 5 petang macam tu rasanya, dah ramai orang 

Macam biasa, akhir kata, lidah tekak aku lain, korang punya pun lain, tak sama, rambut sama hitam, lidah lain lain. Eh, hewhewhewhewhew

Korang nak terjah senang jer, belakang Mcdonalds / Caltex / Wisma Mais (round about tasik shah alam tu) 

10, Jalan Cendana 3/13B
Seksyen 3
4000 Shah Alam, Selangor

Oh last but not least, diorang ada kiosk satay, memang sedap pernah rasa dulu, tapi tutup hari tu, dan kacang pool pun takde time aku pergi ni. Frustrated kat situ, so next time je la. hehe 

Bye 

Thursday, September 18, 2014

Restoran Fendi Ikan Bakar, Kelana Jaya

Assalamualaikum
Hai Korang (sambil melambai lambai) haha

Siapa pernah makan ikan bakar? Tolong buat thumb ups di depan komputer/laptop/smartphones/ipad masing masing sebab hari ini entri makan makan ikan bakar. Aku makan sikit je la, berkongsi kongsi dengan member pun. Tapi masih boleh aku masukkan sebagai story lerr. Aku pergi Ahad lepas 14/09/2014, si Fuza & Husband nak belanja, yeayyy murah rezeki sungguh orang yang belanja, tengah bulan makan ikan bakar hahaha, terima kasih bff ..

Mula – mula nak pergi dekat area Sungai Way, medan selera, belakang The Icon (korang akan perasan kalau korang selalu menggunakan highway persekutuan tu, ada banyak belon). Betul betul depan pasaraya Bintang (nama dulu dan famous ok). Tapi tutup pula hari ahad. Sabtu dia buka maybe sebab ada yang keje halfday kot. Kat sini banyak choices dari ikan bakar dan segala lauk pauk, banyak pilihan la kiranya. 
So, terus la kami ke …………………….

Restoran Fendi Ikan Bakar
(featured on Jalan Jalan Cari Makan TV3 tapi tak ingat bila punya siaran ..)


Masa kami sampai sana, memang ramai, tapi ramai yang kau masuk tapi ada meja kerusi yang kosong. Ada dekat luar dan dalam. Kedai ni dah pindah tempat, dulu dekat depan giant dan mcdonalds sekarang tukar sikit je ke dalam berdekatan dengan tabung haji dan angkasa. Kalau guna waze memang ngam ngam sampai depan kedai.


Ok masa untuk layan gambar dan telan air liur. Aku dalam proses belajar nak tangkap gambar cantik cantik. Kalau aku tampal kat sini tapi tak menaikkan nafsu korang, aku nak buat macam mana. Hehehe. Oh lagi satu aku memang jarang edit pix sebab nampak tak original. Itu masalah aku hehe.



Kat sini, diorang akan ambil pesanan untuk air saja, yang lain semua layan diri, yang atas ni stesen order dengan tempat dorang bakar. Ada keli, kembung, cencaru, kerang bakar, tilapia, pari dan semua sedap. Aku tak tipu. Mana ada makanan yang tak sedap kalau kau makan panas-panas dengan nasi putih, kuah asam lagi. Phewwwww. Aku pulak yang menceces air liur ni. Yang bawah ini, kami order :

Talapia Bakar

Cencaru Bakar

Kerang Bakar Sambal
RM8


Ada ayam bakar tapi aku lupa nak snap hahaha .. Air macam biasa la favourite orang ramai teh o ais limau, xpayah ler upload ye.


Harga bagi aku quite okay sebab sedap pun ye haha

Ok, ini alamat dia dan korang boleh waze saja confirm sampai punya :
Jalan SS5B/2, Kelana Jaya
(memang dekat Kompleks Tabung Haji)
No contacts, dan waktu operasi nanti aku kasi update. 

ok itu saja, terima kasih
bye.

Monday, September 15, 2014

Kidz & Creme Cafe (Setia Alam) ..

Assalammualaikum
Hai, korang ..

Ini cerita tujuh september lepas, aku pergi KIDZ & CRÈME @ Setia Dagang, berhampiran Setia City Mall, kira kalau dari situ just 5 minit ala ala camtu sebab memang dekat, jalan lurus menuju kebenaran. Hehe. Aku rasa tak payah habaq pun xpe kot, sape punya café ? of course lah abang sador kita Aaron Aziz yang punyaaaa (suara bergema ala ala ahmad albab yang punya HAHAHAHAHA) k fine, tak lawak -__- .. 

Untuk pencerahan, I do love Aaron Aziz tapi aku pergi nak makan bukan sebab dia (tapi kalau bukan dia punya café, mesti aku tak pergi kan) ke camne? Hahahahahahaha

Oh , pasal gambar, aku memang tak ambil pun environment kat situ, sebab time tu nafsu menguasai diri. Mata aku selesa la suasana, susun atur meja, kerusi, colourful and memang naikkan mood nak makan. Lagipun time tu baru pukul 1 tghari, tak ramai sangat pun. Aku kecewa time staff bagi menu, sebab dorang cakap yang hari sebelumnya ada event or something dekat café tu, so that banyak menu yang dalam prepping time dorang. Macam Asian menu memang tiada langsung on that day. 

Belek punya belek menu yang apa yang, yang ada semalam chicken parmigiana, pasta, dessert, appetizer kot rasanya. Terbeliak juga la mata tengok harga setiap food and beverages. Pic menu pun aku tak tangkap sebab tak banyak choices makanan, so aku nak tak nak je order. Hehe.

Aku malas nak fikir, sebab alang alang datang kan, why not kita mencuba. Again bila baca kat insta, nampak macam mesti sedap gila sambil cip cip air liur kan. Kan kan kan uolls. So aku order pasta turkey bacon, frappe caramel dan of course Nutella Tart.

(takde mood nak menaip tapi nak taip juga sebab … baca sampai habis ok)


RM 13.00

Ok, mari bercakap tentang Frappe Caramel, jujurnya harga macam itu better korang pergi Starbucks (oh korang boikot kan) , Coffee Bean (boikot jugak eh?) haha , tak kisah lah korang pergi je tempat lain, tak pun standby air mineral kat kereta hahahaha .. rasanya tawar ibarat coklat campur air kosong siap .. 
*harap ditingkatkan lagi rasa caramel frappe tu ye*


RM 16.90

Next, Olio Aglio Turkey Bacon, hampa aku, serius aku hampa, sebab pasta tu sendiri dah keras dan seasoning pun tiada umphh . Aku lagi prefer olio aglio dekat Humble Chef, RM5 sebekas (tak tau dah naik harga ke belum hehe) sedap dan murah. Yang ini memang aku frustrated sangat. 
Sangat tak berbaloi. 
*diharapkan untuk perbaiki lagi*


RM14.00

Last, the most fav cakes bangsa bangsa instagram Nutella Tart, pendapat aku Daim Cake at IKEA Café jauh lagi sedap dan murah. Aku bukan apa, harga mahal tak pe, tapi biar berbaloi rasa tu, aku hilang mood sampai ke malam siap pergi makan Cappuccino Chessecake dekat Secret Recipe.
*serba serbi kurang rasa, tak ada kick orang cakap haa gituu*


Cappuccino Chessecake @ Secret Recipe
memang terbaik weh .. perut kita gembira makan ini
(tetibe haha)


 Aku tak tahu la sama ada tukang  rasa yang puji sedap menggila tu semata mata nak dapat attention Aaron atau sebaliknya. Tak pun peminat kipas susah mati Aaron sampai yang takde rasa ape pun dikata sedap. Aku harap dapat dipertingkatkan lagi untuk kepuasan pelanggan okey. Environment memang cosy and ceria.

Aku tak larang pun korang nak pergi, sebab aku tak rasa pun makanan yang lain kan, aku cakap berdasarkan apa yang rasa dan makan. Jangan marah ya. 

Untuk korang yang nak pergi, ini alamat mereka :
5 Jalan Setia Dagang,
U13/AK Sunsuria 7th Avenue
Setia Alam
03-33588289
insta : KIDZANDCREME
www.kidzandcreme.com 

Lastly, visit my IG @mio_ikhsan sebab aku suka upload gambar makanan dengan hashtag #miomakan (hashtag baru wujud semalam) haha .. 

Bye

Thursday, September 11, 2014

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger !

Hai hai hai ..

Korang, first time nak join segmen blog ni, jadi buat pertama kalinya aku nak join Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger !


Those yang nak turut serta, boleh jer klik header blog di atas, dan selamat maju jaya hihihi ..

Panggil aku Mio jer, senang nak ingat dan panggil, 24 tahun, gomen servant, stay dekat Taman Medan, PJ (mesti korang tau punya hahaha) dan suka makan movies makan movies makan movies hehe. Oh karaoke pun sesuatu yang aku ketagih. Haha

Oleh kerana aku baru nak mulakan blog ni, so tak de sangat lah kelebihan nya pun, tapi rasanya akan datang aku akan lebih kepada entri makanan. Aku yakin aku boleh buat , Cuma tak der guide jer. Takpe itu aku boleh belajar tapi malu aku melampau. Kalau jumpa somebody dekat depan, mesti kaku lambat nak mesra alam. Hahaha. Kalau dalam mesej kemain, panjang lebarrr.

Impian kalau aku berjaya dalam dunia blogging ni ye? Aku memang tak letak harapan apa apa pun, saja nak ekspresi kan apa yang aku rasa terutamanya terhadap makanan. Kalau dapat jemputan untuk food testing or review job pun aku rasa dah cukup memadai. Nak jadi macam blogger food yang hebat macam yang ada sekarang ni. Isu semasa aku kurang faham sikit dan susah nak olah ayat (tetiba) hehehe.

Itu je kot dan visit my ig @mio_ikhsan (eh .. terlebih sudah)

Babai .. hahaha






Wednesday, April 16, 2014

D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet , Shah Alam

Ye .. merujuk tajuk di atas, entri makan makan YEAYYYYYY .. Kali ini aku singgah pulak D’Kayangan Buffet BBQ Steamboat. Nak cuba rasa dan suasana yang baru lah. Come on, jangan lah kalau restoran tu sedap kena makan namploh ratus juta kali kan. Hehe. Sebenarnya aku nak sambut birthday bff aku Fuza 18/3, kekonon macam birthday dinner la, walaupun lewat seminggu dari actual die dilahirkan haha. Aku offer dia makan dekat Laman Seri Grill tapi tak nak (selamat duit selamat duit). Wajib lah wei ajak laki dia makan sekali, melampau la nak berdua dua lak .. haha



deko luar restoran


Ini lawak sebab aku memang suruh Fuza call for booking meja, tapi tak payah pun takpe, sebab hari weekdays memang banyak kosong. Si Fuza request bawah kipas, pergi meja terus aku tersengih, siap tulis under fan hahaha nasib bukan nama aku. Nanti staff situ akan tanya sama ada kita nak rebus sahaja atau siap tempat grill. Ok.

Kuah macam biasa sama ada sup atau tomyam tau .. 




Yang ni memang item wajib steamboat la, takde semua ni bukan steamboat namanya tuan puan. Gitu. Aku memang puji sangat kesedapan pedal tu. Bila kita grill kan kan kan kan, sedap gilosssshhh, dah la besar pedal tu, grill pastu sangat sangat sangat sangat (susah lak nak gambarkan perasaan sedap ya amat tu) tapi aku tak tipu .. habis jujur dah ni .. haha  


Ada makanan bergoreng / panas, nasi putih dengan lauk pun ada


memacam jenis mee


memacam jenis sayur


ada kambing panggang tapi kurengg ummphh la hehe


dan lambakan sos .. hiks




dan of course la kena ada manisan mulut, omputih kata dessert haaaaa .. 
ABC tu kena self service, ambil ais dalam tong, then ko press je sekuat hati, tadaaaaa,'
senang kan
So ada aiskrim, buah dan kek .. Yummmmmmsssssss



antara yang aku grill itu malam hohohoho , nampak tak pedal tu? nampak tak? tolong la buat buat nampak haha ..

Oh, itu Fuza dan husband, Fairuz




Deko dalaman restoran dan ada surau juga toilet disediakan 


dan semestinya pilihan TV3
Jalan Jalan Cari Makan


Nah, details aku kasi, 
rasanya harga semua standard dekat mana mana restoran steamboat.
Apartment Servis Sri Acapella, No 1 Jalan Lompat Tinggi 13/33
 Seksyen 13 40100 Shah Alam
(berdepan dengan Restoran Tupai - Tupai)
6 petang till 12 tengah malam
(aku ada nampak notis had makan 3 jam , tapi not sure)
03-55234979 

Oh, aku nak selit info kejap, harga untuk Rebus - Rebus Steamboat & Grill, Shah Alam dah bertukar.
Dewasa : RM33.90 , Kanak2 6-12 thn : RM16.90
Warga Emas : RM 24.90 , Kanak2 5 thn ke bwh : Percuma


Last but not least
kami bertiga, semoga till jannah, alololololololololololololololololo
(staff dorang yang snapkan)
hahahahahahahahahahhaha

#dkayangansteamboat